Abdul Hadi Patut Jaga Adab Bila Keluarkan Kenyataan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang perlu menjaga adab dalam mengeluarkan kenyataan dengan tidak sewenang-wenangnya melabelkan UMNO dengan pelbagai gelaran dan perumpamaan kerana beliau seorang tokoh agama dihormati.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, nada pemimpin PAS itu sangat berbeza ketika bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN).

Katanya, ketika bersama MN, Abdul Hadi menegaskan supaya elak daripada politik fitnah dan kebencian.

Bagaimanapun, nada presiden PAS itu terus berubah apabila UMNO dan parti Islam itu gagal mencapai kata sepakat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), katanya lagi.

“Sebagai tokoh agama yang dihormati, kena jaga sikap, adab dan jangan selektif dalam mengeluarkan kenyataan. Dalam kalangan Perikatan Nasional (PN) sendiri ada yang terlibat rasuah, mengapa tidak ditegur.

“Kenyataan Abdul Hadi itu menunjukkan beliau tidak konsisten apabila masa kerjasama dengan UMNO sebelum ini tidak bangkitkan soal ini. Jangan tanamkan sifat kebencian, mana tahu kelak masih ada ruang kerjasama antara dua parti ini.

“Berhentilah dengan tindakan label-melabel ini dan jangan membuat tuduhan kepada orang lain. Ingat serban dan kopiah di kepala itu sebelum bercakap,” kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar itu lapor Utusan Malaysia.

Jumaat lalu, Abdul Hadi menegaskan, parti itu mengambil keputusan bekerjasama dengan PN pada PRU-15.

Kata Abdul Hadi, PAS mendapati masih terdapat ‘kekeruhan’ yang membelenggu Barisan Nasional (BN) melibatkan beberapa perkara antaranya isu rasuah yang belum selesai.

Justeru Fathul Bari berkata, ramai dalam kalangan pimpinan dan akar umbi PAS yang masih menyokong MN iaitu gabungan dua parti terbesar Melayu, Islam.

“UMNO menolak kerjasama dengan Bersatu, sama juga situasi PAS menolak bersama Parti Amanah Negara (Amanah). Amanah cuba menggantikan PAS begitu jugalah Bersatu cuba menggantikan UMNO. PAS juga tidak boleh menerima Amanah, begitu jugalah situasi UMNO menolak Bersatu,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat