Asyraf tak merapu, tak tipu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Drama pertemuan antara pimpinan Umno dan PAS nampaknya masih belum tamat, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan beliau tidak merapu, menipu apatah lagi memungkiri janji seperti yang didakwa Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Malah Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abd Kadir pula tampil dengan memuat naik satu lagi foto pertemuan tersebut dengan bilangan jemaah mesyuarat yang lebih ramai yakni bukan sekadar dua Presiden dan dua Timbalan Presiden Umno juga PAS.

Zambry menulis kapsyen ringkas, “Dr Asyraf tidak merapu, tidak menipu”.

Beliau berkongsi foto pertemuan melibatkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Zambry sendiri manakala wakil PAS ialah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man serta Setiausha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Susulan itu, Asyraf mengulang siar hantaran Zambry tersebut menyatakan bahawa Allah menjadi saksi malah ramai juga menjadi saksi bahawa saya tidak merapu dan tidak menipu jauh sekali memungkiri sebarang janji.

Semalam Tuan Ibrahim menyangkal tuduhan Asyraf kononnya PAS memilih bersama Bersatu kerana ditawarkan 47 kerusi boleh menang malah Menteri Alam Sekitar dan Air itu juga menegaskan Asyraf tidak terlibat dalam mesyuarat antara Presiden dan Timbalan Presiden Umno dan PAS baru-baru ini.

Tuan Ibrahim juga menyifatkan Asyraf sebagai merapu dan memungkiri janji.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat