151 Bahagian Umno sokong Ismail Sabri PM lepas PRU15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 151 Bahagian Umno setakat ini menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Walau bagaimanapun, masih terdapat dua Bahagian Umno lagi di Perak yang belum bermesyuarat iaitu Taiping dan Bukit Gantang.

Usul menyokong Ismail Sabri Perdana Menteri selepas PRU15 tersebut selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dan pengumuman Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi di dalam Mesyuarat Agung luar biasa Umno tempoh hari.

Malah dalam kenyataan pada Ahad lepas, Zahid selaku Presiden Umno menyatakan sekali lagi bahawa Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri dan tidak dipertikaikan lagi.

Bahagian-bahagian Umno yang diketuai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri juga membuat usul yang sama seperti Datuk Seri Jamil Khir (Kedah), Datuk Seri Musa Sheikh Fadzir (Pulau Pinang), Datuk Seri Sharani Mohamad (Perak), Tan Sri Noh Omar (Selangor), Datuk Seri Rauf Yusof (Melaka), Datuk Seri Hasni Mohamad (Johor), Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Pahang), Datuk Seri Ahmad Said (Terengganu), Datuk Jazlan Yaakub (Kelantan) dan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (Sabah).

Pun begitu, Bahagian Pengerusi Perhubungan yang tidak membuat usul tersebut adalah, Datuk Seri Azlan Man (Perlis), Datuk Seri Johari Ghani (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Mohamad Hassan (Negeri Sembilan).

Bahagian-bahagian di Selangor yang menyokong membabitkan Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjong Karang, Hulu Selangor, Selayang, Puchong, Kota Raja, Sungai Buloh, Pandan, Damansara , Subang, Klang, Bangi, Kuala Langat, Kapar dan Kuala Selangor.

Wilayah Persekutuan Bahagian Batu, Seputeh, Bandar Tun Razak, Labuan, Segambut, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Kepong dan Cheras.

Bahagian-bahagian di Pahang melibatkan Temerloh, Kuala Krau, Maran, Cameron Highland, Indera Mahkota, Bera, Bentong, Raub, Jerantut, Lipis, Rompin dan Kuantan.

Perak pula Beruas, Tanjung Malim, Gopeng, Tapah , Gerik, Tambun, Batu Gajah, Ipoh Barat, Parit Buntar, Padang Rengas, Bagan Serai, Kampar, Lumut, Kuala Kangsar, Ipoh Timur, Larut, Lenggong dan Telok Intan.

Manakala di Perlis melibatkan Bahagian Padang Besar dan Arau.

Kedah membabitkan sokongan Bahagian Jerai, Sik , Alor Setar, Kulim-Bandar Baharu, Padang Serai, Baling, Padang Terap, Sungai Petani, Merbok Kuala Kedah, Pendang, Kubang Pasu, Jerlun, Pokok Sena dan Langkawi.

Bahagian di Pulau Pinang Bukit Gelugor, Kepala Batas, Bayan Baru , Jelutong, Tasik Gelugor, Tanjung, Nibong Tebal, Batu Kawan, Balik Pulau, Bukit Mertajam, Bagan dan Permatang Pauh.

Di Johor pula melibatkan Bahagian Bakri, Tanjung Piai, Simpang Renggam, Tenggara, Ledang, Segamat, Pontian, Labis, Pagoh , Sekijang, Ayer Hitam, Tebrau , Parit Sulong, Kluang, Kota Tinggi, Pulai dan Kulai.

Negeri Sembilan pula Bahagian Tampin , Jelebu, Port Dickson, Kuala Pilah, Jempol , Seremban dan Rasah.

Melaka Bahagian Alor Gajah, Masjid Tanah. Kota Melaka, Hang Tuah Jaya dan Jasin.

Manakala di Terengganu melibatkan Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu Besut , Dungun, Kemaman, Marang juga Setiu.

Bahagian di Kelantan iaitu Tumpat, Pengkalan Chepa, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Kuala Krai, Jeli, Pasir Mas, Ketereh dan Machang.

Sabah pula melibatakan Putatan, Kota Belud, Pensiangan, Kudat, Kalabakan, Beufort, Kota Kinabalu, Libaran, Sandakan, Beluran, Penampang, Ranau, Kota Marudu , Sipitang , Tawau, Tenom, Kimanis, Tuaran, Keningau, Sepanggar dan Kinabatangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat