Asah bakat sampai ‘tajam’

- Advertisement -

Wajah dan nama Idzham Ismail bukan lagi asing lebih-lebih lagi buat peminat dan pengikut setia drama bersiri serta telefilem tempatan.

Mencipta nama hampir 10 tahun dalam industri seni lakon tanah air, Idzham tidak pernah jemu untuk belajar dan pada masa sama cuba sedaya upaya untuk memperbaiki dirinya menjadi insan seni yang lebih baik.

Berkesempatan untuk menemu bual pelakon berusia 33 tahun ini, dia berkongsi mengenai perjalanan seninya sepanjang tempoh kariernya berlangsung.

“Sedar tak sedar, dah nak masuk 10 tahun dah usia kerjaya saya sebagai pelakon. Apa yang boleh saya katakan, perjalanan karier saya agak perlahan sebab dulu saya tak terlalu mengambil berat mengenai beberapa faktor,” katanya.

Idzham berkata, kelekaannya ketika awal perjuangannya sebagai pelakon yang mungkin menjadi punca namanya naik dengan perlahan.

“Dulu saya tak mengambil berat mengenai dunia lakonan dan tidak menitikberatkan penampilan. Saya cuma menganggap tugas sebagai pelakon hanya berlakon. Dua tahun lalu selepas saya bertukar pengurusan, saya memulakan semula langkah dengan menyertai kelas lakonan antaranya di bawah bimbingan ibu Fauziah Nawi,” katanya.

Menurutnya, pencarian ilmu itu banyak mengubah dirinya menjadi anak seni yang lebih baik.

“Betul kata orang, apabila kita menambah ilmu, hasil yang kita dapat dalam melakukan tugas atau kerja kita akan berbeza. Kalau dulu, ada komen dan kritikan yang saya rasakan berbaur kurang enak didengar sering saya terima daripada orang-orang dalam industri sendiri.

 

MAHU jadi anak seni yang lebih baik.
MAHU jadi anak seni yang lebih baik.

 

“Sekarang, orang-orang itu juga masih memberikan kritikan, namun kritikan mereka membina dan positif. Kata mereka, mereka dapat lihat ada kemajuan dan itu membuatkan saya sedar, ramai yang menyokong saya,” katanya.

Tidak terhenti di situ, cabaran besar buat Idzham adalah untuk mengekalkan namanya supaya berada di tempat yang terbaik sebaris dengan pelakon lain.

“Satu cabaran besar yang saya rasakan adalah untuk mengekalkan nama dan kedudukan di sesuatu posisi. Pada 2017, saya pernah diduga apabila tak ada langsung tawaran lakonan selama enam bulan.

“Jadi, perlahan-lahan saya melangkah semula dan mencari tawaran lakonan. Saya mula sedar bahawa untuk menjadi pelakon yang diingati dan relevan, bukan sahaja lakonan, tetapi kena jaga gaya hidup serta imej,” katanya.

Diminta mengulas mengenai isu stesen TV dan penerbit yang mahukan pelakon utama sesuatu karya memiliki lebih sejuta pengikut di media sosial, Idzham mengakui pernah rasa tertekan apabila dibelenggu isu itu suatu ketika dahulu.

“Dulu, saya pernah tertekan mengenai pengikut di media sosial sebab dapat tekanan daripada pihak tertentu. Tidak hanya itu, ada juga yang melabelkan saya sebagai artis yang tak ada pengikut dan tak ada rupa paras.

“Lama-kelamaan, saya fikir semula dengan tenang. Kenapa saya nak rasa tertekan hanya kerana perkara begini. Sebab itu saya cuba perbaiki imej saya, kemaskan apa yang patut termasuk kualiti lakonan saya. Itu senjata utama,” katanya.

Menurutnya, di Malaysia sendiri, kita dapat saksikan ramai pelakon yang mungkin tidak memiliki rupa paras menarik masih mampu menarik perhatian penonton menerusi lakonan mereka.

“Ada juga pelakon yang tak ada rupa paras, tapi ‘pedang’ mereka iaitu bakat lakonan mereka benar-benar tajam. Beri apa saja watak, lakonan mereka diterima oleh penonton dan berjaya meraih tontonan,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat