Artis bengang mangsa produksi langgar SOP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kes penularan COVID-19 di lokasi penggambaran menyebabkan tujuh kru produksi positif COVID, selain penyalahgunaan dadah membabitkan pelakon, pengarah dan penolong pengarah yang di Kuala Kangsar, baru-baru ini mencetuskan kekecohan dalam industri kreatif.

Nyata, dua insiden ini menimbulkan kemarahan pelbagai pihak apabila syarikat produksi didakwa mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Syarikat juga didakwa ‘pejam mata’ mengambil kru yang belum lengkap vaksin sehingga tercetus penularan COVID-19 di lokasi penggambaran.

Isu ini lebih kecoh apabila ada laporan mendakwa produksi yang menjalani penggambaran di Kuala Kangsar itu pulang ke ibu kota selepas tujuh kru produksi positif COVID-19.

Sehingga kini, syarikat masih menutup mulut menjelaskan apa yang berlaku, termasuk pelanggaran SOP.

Namun, tiga pelakon utama, Syafie Naswip, Fauziah Nawi dan Alya Iman dalam drama Hidayah Ustaz Viral yang menjalani penggambaran di Kuala Kangsar itu sebaliknya tidak berdiam diri.

Syafie antara paling lantang dan berani mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam media sosial.

“Saya terpaksa mendedahkan perkara ini biarpun akur ia mengundang kesan buruk. Namun, saya harus bertanggungjawab.

“Bagi saya, syarikat produksi harus bertanggungjawab sepenuhnya atas pelanggaran SOP.

“Saya kena kuarantin di sebuah hotel kerana menjadi salah seorang kontak rapat. Saya bengang apabila produksi meneruskan penggambaran biarpun sudah tahu ada kru tidak sihat.

“Akhirnya, penggambaran dihentikan atas campur tangan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya kepada BH Online.

Syafie mendakwa, KKM mengarahkan satu pasukan melakukan kuarantin di hotel, tetapi pihak produksi memilih pulang ke Kuala Lumpur dengan meninggalkan artis dan pengurus.

“Lebih membuatkan saya bengang, ada kru sudah balik ke Kuala Lumpur sejurus penggambaran dihentikan. Bahkan, produksi enggan menanggung kos artis dan pengurus yang menjalani kuarantin di hotel.

“Selepas isu ini tular, baru produksi mahu tanggung kos berkenaan,” katanya.

Syafie berkata, dia membuat ujian calitan dua kali ketika menjalani kuarantin sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada 10 Oktober lalu.

“Alhamdulillah, dua kali melakukan ujian calitan keputusan saya negatif. Cuma, sehingga hari ini saya tidak tahu bila produksi akan sambung semula penggambaran.

“Jika ikutkan, masih berbaki lima hari untuk melunaskan penggambaran. Saya ikut sahaja keputusan ibu (Fauziah) soal sambungan penggambaran.

“Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) juga sedang melakukan siasatan terhadap produksi sama ada menyenarai hitam penerbit atau kelulusan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) ditarik balik,” katanya yang menyah aktif akaun Instagram (IG) selama dua hari gara-gara isu berkenaan.

 

Fauziah tidak mahu menuding jari kepada sesiapa apabila isu penularan pandemik COVID-19 berlaku di lokasi penggambaran drama lakonannya di Kuala Kangsar. - Foto IG Fauziah Nawi
Fauziah tidak mahu menuding jari kepada sesiapa apabila isu penularan pandemik COVID-19 berlaku di lokasi penggambaran drama lakonannya di Kuala Kangsar. – Foto IG Fauziah Nawi

 

Bagi pelakon veteran, Fauziah memilih memberi komen umum atas kapasiti dirinya terhadap isu berbangkit.

Katanya, dia tidak tahu jumlah tujuh kru positif COVID-19.

“Apa sahaja boleh berlaku apabila bekerja pada zaman pandemik. Ketika bekerja dengan sesebuah produksi, kita tidak akan tahu sama ada seseorang kru itu bertanggungjawab atau sebaliknya.

“Sebagai pelakon yang mencari rezeki, saya meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa sesebuah produksi mematuhi SOP dan menjaga kebajikan satu pasukan.

“Namun, perkara ini berlaku juga. Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa.

“Walaupun lengkap dua dos vaksin, saya perlu jaga daripada dijangkiti wabak ini biarpun tiada simptom.

“Saya dan pengurus dikuarantin di Perak sejak 4 Oktober lalu. Alhamdulillah, kami potong gelang pink pada 15 Oktober lalu,” katanya.

Sementara itu, pelakon utama drama berkenaan, Alya Iman tidak menyangka berdepan dengan insiden berkenaan.

“Saya, pengurus dan pembantu sudah lengkap dua dos vaksinasi.

“Malah, kami melakukan ujian calitan kendiri demi keselamatan diri sebelum ke Perak pada 16 September lalu.

“Sebagai langkah berjaga-jaga kerana khuatir menjadi kontak rapat, saya melakukan kuarantin kendiri di tempat tinggal di Perak. Saya juga dua kali melakukan ujian calitan dan keputusannya negatif.

“Disebabkan produksi menghentikan penggambaran atas arahan FINAS dan KKM, saya pulang ke ibu kota pada 10 Oktober lalu,” katanya.

Malah, Alya yang juga anak kepada pelakon legenda, Allahyarham Azmil Mustapha tetap melakukan ujian calitan selama tiga hari berturut-turut.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat