Muafakat Nasional Medan Penyatuan Parti Melayu -Sharkar Shamsudin

- Advertisement -

TEMERLOH: Persetujuan Parti BERSATU melalui kenyataan Presidennya YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai Muafakat Nasional (MN) menjadi satu detik sejarah dalam negara, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Dato’ Sri Sharkar Shamsuddin dilaman media sosial beliau.

“Persetujuan itu mempamerkan sikap keterbukaan BERSATU demi masa depan agama, bangsa dan negara.

“Parti BERSATU tiada pilihan lain selain menyertai MN demi menyelamatkan kuasa jika tidak mahu DAP kembali berkuasa, kata Sharkar.

“Cukuplah 22 bulan negara diperintah DAP, Tan Sri Muhyiddin pasti tahu betapa peritnya ketika BERSATU bersama-sama DAP dalam Pakatan Harapan.

“Persetujuan BERSATU untuk bersama-sama dalam MN akan dirunding terlebih dahulu oleh UMNO dan PAS. Pastinya rundingan ini melalui beberapa persetujuan bersama. Contohnya mengembalikan kerusi yang dimenangi UMNO pada PRU-14 lepas.

Sharkar juga menyatakan UMNO perlu mempamerkan sikap keterbukaan apabila gabungan tiga parti ini menjadi rasmi.

“Sebagai contohnya, apabila BERSATU sah menyertai MN, maka ahli dan pimpinan UMNO juga terpaksa menerima kembali rakan-rakanya yang dulu hilang keyakinan terhadap UMNO dan menyertai BERSATU pada awal pemerintahan PH, walaupun agak sukar hendak diterima, katanya lagi.

Pengalaman lalu bagaimana UMNO dan PAS sering memusuhi, selepas terjalin ikatan kerjasama dalam MN, UMNO bersifat terbuka terhadap PAS.

Parti-parti politik Melayu perlu bekerjasama dalam satu pasukan, ianya harapan orang Melayu dan Islam untuk melihat penyatuan ummah menjadi kenyataan. Walaupun ianya tidak mudah dicapai, ujarnya lagi.

“MN adalah agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk ini. UMNO, PAS, dan BERSATU perlu bersikap terbuka untuk merealisasikannya. PRK Slim adalah medan penyatuan tiga parti melayu ini, katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat