Harta Susut Nilai Beratus Juta, SPRM Panggil Pengurusan TH Plantation?

- Advertisement -

Cyberjaya – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil dua orang ahli lembaga pengarah Tabung Haji Plantations (THP) bagi membantu siasatan berhubung skandal penjualan aset badan amanah umat Islam itu.

Menurut sumber kedua-dua orang individu itu telah dipanggil untuk hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya hari ini.

Sumber yang sama turut mendedahkan dua orang pegawai pengurusan tertinggi THP sebelum ini telah dipanggil memberi keterangan berhubung isu terbabit.

Januari lalu, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Asyraf Wajidi Dusuki telah membuat laporan SPRM dan Polis mengenai kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam keputusan menjual ladang kelapa sawit milik Tabung Haji Plantations (THP) 

Ketuanya Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihak berwajib perlu menyiasat dengan segera tindakan pihak terbabit menukar jurunilai yang menyebabkan nilai hartahan TH menyusut daripada RM380 juta kepada RM170 juta. Untuk rekod, nilai RM380 juta itu adalah pada 2017.

Dr Asyraf dalam sidang akhbar ketika itu menyataka, “Pemuda Umno membuat laporan polis dan SPRM untuk menyiasat dengan segera tindakan penukaran jurunilai, kaedah nilaian yang menghilangkan nilai RM210 juta dan proses penjualan kepada Tamaco Plantations Sdn Bhd (Tamaco), kerana ini melibatkan isu kepentingan rakyat yang kita harap dapat perhatian serius dari pihak berwajib.

“Kami juga sedang meneliti untuk memfailkan tindakan injuksi di mahkamah bagi pihak pendeposit TH.” 

Hari ini juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata perbincangan lanjut mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi isu Tabung Haji (TH) akan dibawa ke mesyuarat Kabinet minggu ini.

Menurut Dr Zulkifli, bagaimanapun ia bergantung sama ada isu tersebut dibangkitkan nanti dalam mesyuarat Kabinet atau sebaliknya.

“Insya-Allah, dalam mesyuarat Kabinet, mungkin kalau diangkat, kita akan bincangkanlah,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Watikah pelantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, pada masa sama, perbincangan lanjut juga akan diteruskan dengan laporan yang akan dikemukakan oleh Menteri Kewangan.

“Insya-Allah minggu ini juga akan dibincangkan (susulan perbincangan dengan Perdana Menteri) kalau tidak ada aral berkenaan dengan isu-isu terkait dengan TH,” katanya.

Dr Zulkifli sebelum dilaporkan berkata satu perbincangan khusus dijadualkan pada 12 Ogos bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu TH termasuk cadangan penubuhan RCI.

Ia bertujuan mendapat gambaran jelas daripada TH sebelum cadangan dan kewajaran penubuhan RCI berhubung pelbagai isu dikaitkan dengan TH itu dibincangkan lebih lanjut.

Katanya, setakat ini belum ada sebarang keputusan dibuat sama ada berkaitan RCI atau isu TH yang lain.

“Yang penting kita mahu mengenali dan memahami suasana hakikat sebenar TH yang sedang berlaku dan bagaimana cara menanganinya dengan sebaik mungkin.

“Kita cuba meneliti dengan sebaik-baiknya supaya sebarang tindakan dibuat berasaskan kepada kenyataan, hujah, bukti serta penuh dengan berhemah,” katanya.

Pada 10 Ogos lalu, Zulkifli ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Rakyat memaklumkan kewajaran cadangan penubuhan RCI bagi isu TH akan dibincangkan dalam Kabinet dalam tempoh terdekat. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat