Kerusi Tradisi Kepala Bapak MCA – Ridhuan Tee

- Advertisement -

Oleh: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Masih ingat artikel saya dua hari lepas pasal MCA. Hari ini meletup. Apabila baru satu isu kerusi parlimen majoriti Melayu yang ditandingi oleh MCA dibangkitkan seperti Tanjung Malim, tiba-tiba MCA seperti cacing kepanasan, mengatakan, itu kerusi tradisinya. Memberikan gambaran, jangan ada yang berani usik. Walaupun dia kalah.

Ini belum termasuk kerusi bapaknya yang lain kawasan majoriti Melayu yang dia gagal untuk menang seperti kerusi tradisi bapak MCA PRU14

Kuantan 67% Melayu – MCA kalah
Alor Setar 64% Melayu – MCA kalah
Alor gajah 61% Melayu – MCA Kalah
Padang Serai 59% Melayu – MCA kalah
Ayer Hitam 58% Melayu – MCA menang undi Melayu
Tanjung Piai 57% Melayu – MCA kalah PRU14, menang PRK undi Melayu
Tanjung Malim 56% Melayu – MCA kalah
Ampang 56% Melayu – MCA kalah
Selayang 53% Melayu – MCA kalah
Raub 52% Melayu – MCA kalah

Jangan kira lagi kawasan Melayu hampir 50 peratus yang ditandingi MCA atas nama kerusi tradisi seperti, Bangi (49% Melayu), Seremban (49% Melayu), Tebrau (48% Melayu), Bentong (47%) Melayu, Petaling Jaya (47% Melayu), Pandan (46% Melayu). Kalau kerusi ini nak diberikan kepada MCA, saya masih bolehlah terima. Tetapi bukan kerusi majoriti Melayu 52% ke atas.

Jika tanya pada saya, kerusi parlimen Ayer Hitam pun dia tidak layak untuk bertanding. Kerana kemenangannya dalam hasil sokongan Melayu. PRU15 belum tentu presidennya boleh menang.

Maaflah kali ini guna bahasa kasar kelapa atuk, dan kepala bapak. Jika itu kerusi tradisi atuk dan bapak MCA, kenapa kamu lingkup dalam PRU14. Dasar tak tahu malu, kekuatan tak ada, tumpang undi Melayu untuk menang, kemudian nak berlakon jadi hero.

PN tanpa parti ultra kiasu ini, pastikan akan menang di kawasan majoriti Melayu pada PRU15 akan datang. Kerusi majoriti Melayu separa dan luar bandarlah yang paling banyak di parlimen. Justeru, kenapa mahu menempa kekalahan lagi dengan memberikan kepada MCA. Menangpun MCA tidak menguntungkan Islam.

Saya ingin ingatkan parti ultra kiasu yang tidak ada kekuatan ini, kerusi kamu yang sebenar adalah di kawasan majoriti Cina. Pergi main jauh-jauh kat sana, jangan kat kacau kat sini. Begitu banyak kerusi parlimen dan DUN majoriti Cina, kawasan majoriti Melayu yang kamu idamkan.

Kamu, MCA ultra kiasu pasti akan kalah jika PH meletakkan calonnya, tanpa sokongan orang Melayu (UMNO dan PAS). Ingatan saya kepada UMNO dan PAS, jika kamu menangkan juga MCA di sana, bertambah lagi kerusi dia, makin bongkak dan ultra kiasu dia. Dia akan minta macam-macam. Makin ultra kiasu dia. Makin kuat dia mengguris dan menghiriskan hati hati umat Islam Melayu seperti sebelum ini.

Masuklah bertanding wahai UMNO, jangan pedulikan MCA. Biarlah MCA tidak mengundi calon UMNO di Tanjung Malim. Tak apa. UMNO tetap akan menang walaupun berlaku pertandingan tiga penjuru. Undi solid UMNO dan PAS sudah cukup untuk memenangkan calon UMNO di sana. Percayalah, terlalu sukar untuk untuk Cina undi MCA, walaupun MCA parti Cina tulin. Cina tetap pilih DAP.

Pandai kamu MCA nak menumpang tuah hasil Muafakat Nasional. Nanti bila kamu menang lebih kerusi, lagi kuat kuasa ugut kamu dalam PN. Kamu pulak jadi ‘king maker’, ketika itu MCA akan menjadi semakin kuat, malah terduduklah UMNO dan PAS dalam MN

Lebih elok PN mendekati Parti Cinta Malaysia (PCM) yang boleh menjadi wakil orang Cina. Parti ini lebih mesra Melayu dan Islam, dan tidak pernah mengguris dan melukai hati-hati Melayu dan Islam. MCA, seperti menyimpan biawak hidup, Melayu Islam menangkan dia, dia lawan balik Melayu Islam. Malah, dia menjadi rasis, secina-cinanya. Berbaloikah menyimpan biawak hidup ini

Saya mengharapkan agar PN lebih fokus dan lebih memberi perhatian kepada nasib kaum bumiputera Sabah Sarawak sebagai pribumi. Bumiputera Sabah dan Sarawak ini adalah aset besar kerana mereka jauh lebih pandai bertolak ansur, lebih setia dan memahami kehidupan bernegara. Lebih lebih lagi mereka adalah pribumi

Nota: Penulis adalah merupakan Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan pandangan beliau tidak semestinya mewakili pendirian rasmi SuaraTV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat