Pembangkang sambut baik keputusan kerajaan beri peruntukan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Perikatan Nasional menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, jelas Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Ketua Pembangkang itu berkata, bagaimanapun pihaknya akan meneliti terlebih dahulu syarat-syarat deraf Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan diberikan oleh kerajaan.

“Perikatan Nasional selaku pembangkang akan membuat keputusan selepas meneliti terlebih dahulu syarat-syarat dalam deraf Memorandum Persefahaman (MoU) yang sedang disiapkan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan telah secara dasar bersetuju untuk mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam satu kenyataan hari ini berkata, satu deraf Memorandum Persefahaman (MoU) akan dirangka terlebih dahulu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat