Hukuman dan denda dibatal terhadap lelaki buat hantaran jelik terkait kalimah Allah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 terhadap seorang juruteknik aplikasi sosial, Chiok Wai Loong, 34, dibatalkan.

Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 terhadap Wai Loong, selepas mengaku bersalah membuat hantaran bersifat jelik berkaitan kalimah Allah.

Hakim, Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan difailkan tertuduh, Wai Loong supaya pengakuan salah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan sebelum ini adalah bukan akuan jelas, tanpa bersyarat dan tidak boleh diterima.

Selepas mendengar hujahan pihak-pihak (pembelaan tertuduh dan pendakwaan), mahkamah membatalkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen terhadap sabitan dan hukuman.

Dengan itu, tertuduh diarahkan ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan secara penuh.

Bagaimanapun, Wai Loong akan dituduh semula depan hakim lain.

“Tertuduh diarah dipertuduhkan semula tetapi di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen berlainan dalam kadar segera,” katanya lapor BH.

Wai Loong diwakili peguam, N Surendren manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh.

Pada 22 Mac lalu, Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap Wai Loong yang mendakwa hanya menjadi ‘keyboard warrior’ dan tidak mengetahui kalimah Allah yang ditulis menghina agama Islam.

Lelaki itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil ‘Chiok Wai Loong’ pada 18 Mac lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 231(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki itu tampil memohon maaf secara terbuka selepas didakwa menambahkan ketegangan dalam isu penjualan stoking bertulis kalimah Allah di sebuah kedai serbaneka.

Dia membuat permohonan itu dengan dikelilingi sekumpulan lelaki yang mencarinya kerana tidak berpuas hati dengan komennya.

Lelaki itu mencetuskan kemarahan pengguna maya selepas didakwa mengeluarkan komen meminta orang ramai tidak terlalu sensitif dengan isu itu.

Dia malah didakwa cuba membuat kelakar dengan memuat naik gambar stoking yang memuatkan wajahnya sendiri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat