Menonton filem, mengikuti drama kegemaran atau menyiapkan tugasan kini lebih menyeronokkan dengan kehadiran HONOR Pad X9b Max yang menawarkan pengalaman hiburan pada skrin lebih besar, selain keupayaan produktiviti dalam satu peranti.
Kalau selama ini tablet hanya menjadi pilihan untuk menonton video atau melayari media sosial, HONOR Malaysia tampil dengan sesuatu yang lebih menarik menerusi pelancaran HONOR Pad X9b Max.
Tablet terbaru ini bukan sekadar menawarkan skrin besar, sebaliknya menggabungkan ciri hiburan bertaraf sinematik, bateri berkapasiti tinggi dan fungsi kerja yang menjadikannya sesuai digunakan oleh pelajar, golongan profesional mahupun mereka yang gemar menikmati kandungan digital.
Tarikan utamanya sudah tentu skrin HONOR Max Display berukuran 13 inci dengan resolusi 2.5K, sekali gus menjadi antara yang terbesar dalam segmennya. Dengan kadar segar semula 120Hz, paparan kelihatan lebih lancar dan jelas ketika menonton filem, mengikuti siri drama atau sekadar menatal video di media sosial.
Lebih menarik, HONOR Pad X9b Max turut menerima pensijilan IMAX Enhanced yang memberikan pengalaman tontonan lebih dekat dengan suasana panggung wayang. Pengguna boleh menikmati kandungan IMAX Enhanced yang serasi menerusi platform penstriman terpilih seperti Disney+, dengan format gambar yang lebih luas untuk memperlihatkan lebih banyak butiran dalam sesuatu babak.

Pengalaman menonton itu turut dilengkapkan dengan sistem empat pembesar suara stereo yang dikuasakan algoritma audio pembangunan HONOR sendiri. Malah, tablet ini menawarkan peningkatan volum sehingga 200 peratus bagi menghasilkan bunyi yang lebih kuat dan menyeluruh.
Bagi mereka yang gemar menonton filem atau drama dalam tempoh panjang, kapasiti bateri 10,100mAh pastinya menjadi satu kelebihan. HONOR mendakwa tablet ini mampu menawarkan sehingga 16 jam main balik video secara berterusan dengan sekali pengecasan.
Ia turut menyokong pengecasan berwayar HONOR SuperCharge 45W, manakala tempoh siap siaga boleh mencapai sehingga 90 hari apabila dicas penuh.
Walaupun hadir dengan skrin bersaiz besar, reka bentuknya masih mengekalkan profil nipis hanya 6.72mm. Ini memudahkan pengguna membawanya ke mana-mana tanpa perlu risau tentang saiz dan berat seperti membawa komputer riba konvensional.
Menariknya, HONOR Pad X9b Max tidak terhad kepada fungsi hiburan semata-mata. Dengan sokongan Smart Bluetooth Keyboard dan Magic-Pencil 4s (USB-C), tablet ini boleh digunakan sebagai peranti kerja yang lebih praktikal.
Papan kekuncinya menawarkan jarak pergerakan kekunci 1.6mm untuk pengalaman menaip yang lebih selesa, manakala penggunaan stylus pula sesuai untuk mencatat nota, membuat lakaran dan menandakan dokumen.
Bagi pelajar universiti, ciri ini pastinya memudahkan urusan mencatat nota kuliah, menghadiri mesyuarat dalam talian dan menyiapkan tugasan. Golongan profesional pula boleh menggunakannya untuk menyediakan dokumen, membalas e-mel atau menyemak pembentangan ketika bekerja di luar pejabat.
Satu lagi ciri yang menarik perhatian ialah AI Memo, pembantu rakaman pintar yang mampu merakam perbincangan, mengenal pasti perkara penting menerusi fungsi Smart Reminder serta menghasilkan minit mesyuarat secara automatik.
Ini bermakna pengguna boleh memberikan lebih perhatian kepada perbincangan tanpa perlu terlalu sibuk mencatat setiap perkara yang disampaikan.

Dari segi perkongsian fail pula, HONOR Pad X9b Max turut menawarkan sokongan merentas platform termasuk iOS, HarmonyOS, Android, Windows dan Mac. Fungsi ini memudahkan pengguna memindahkan dokumen, tugasan dan bahan pembentangan antara peranti berlainan jenama.
Selain itu, ciri seperti Network Sharing, Screen Sharing, Connected Notifications, Connected Calls dan One-tap Transfer turut membantu melancarkan urusan sambungan antara peranti HONOR yang serasi.
Untuk pasaran Malaysia, HONOR Pad X9b Max ditawarkan pada harga RM1,499 bagi versi WiFi dengan konfigurasi memori 24GB RAM yang merangkumi 8GB RAM fizikal bersama 12GB HONOR Turbo RAM, serta storan dalaman 256GB.
Lebih menarik, setiap pembelian turut disertakan hadiah percuma bernilai RM598 yang merangkumi Smart Bluetooth Keyboard dan USB-C Pencil.
HONOR Pad X9b Max kini boleh didapati di HONOR Experience Store, HONOR Malaysia Online Store serta kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Pengguna juga boleh mendapatkannya menerusi pengedar sah termasuk Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.
Dengan gabungan skrin besar, pengalaman audio dan visual lebih mengasyikkan serta ciri produktiviti yang praktikal, HONOR Pad X9b Max dilihat sebagai pilihan menarik bagi mereka yang mahukan sebuah tablet untuk hiburan dan urusan harian tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada komputer riba.



