Zahid dipuji ikhlas dan setia bela Najib, meski ditohmah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Beberapa pemimpin Umno memuji ketulusan dan keikhlasan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam usaha membela nasib Datuk Seri Najib Razak meskipun dilempar pelbagai tohmahan.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memuji Zahid yang disifatkan tidak tergugat dengan persepsi dan reaksi negatif yang menghujam Timbalan Perdana Menteri itu ketika berjuang membela Najib yang kini menjalani tahanan di Penjara Kajang.

“Inilah hakikat keikhlasan dan ketulusan sebenar Datuk Seri Zahid Hamidi terhadap seorang yang dianggap sahabat, mentor dan bekas Boss yang pernah beliau bersama hampir 40 tahun lamanya.

“Biarpun dinista, ditohmah dan dilemparkan dengan pelbagai persepsi, namun beliau tidak pernah sedikitpun tergugat malah terus istiqamah membela Datuk Seri Najib Razak walaupun penuh ranjau dan duri.

“Hanya Allah sahaja Maha Mengetahui segalanya,” ujar Asyraf di Facebooknya.

Sementara itu, Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Megat Zulkarnain Omardin juga senada dengan Asyraf.

“Tulus dan sejati itulah yang mampu saya ungkapkan pada petang terakhir Ramadan, 9 April 2024 apabila menyaksikan (Datuk Seri) Zahid Hamidi menurunkan tandatangannya di atas afidavit untuk menyokong petisyen Najib berhubung dengan titah adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 16 mengenai tahanan rumah.

“Malah hari itu juga Zahid baru kembali tidak sampai 24 jam pun daripada menunaikan umrah di Tanah Suci.

“Sekilas saja ingatan saya terus melayang tatkala Mahkamah Persekutuan (23 Ogos 2022) memerintahkan Najib dihantar ke penjara Kajang masih terngiang nama Zahid yg pertama keluar dr mulut Bossku.

“Zahid yang terpempan di galeri awam mahkamah bingkas bangun mendapatkan Bossku. Genggamam erat tangan dua sahabat walaupun terlepas apabila Bossku diiringi untuk ke Penjara Kajang namun tali persahabatan kedua mereka tidak putus.

“Sejak dari itu, Zahid tidak pernah berhenti melakukan usaha demi sahabatnya yang dipenjara,” dedah Megat Zulkarnain dalam hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Dakwa beliau, walaupun ada yg cuba merekayasa kononnya Zahid tak berbuat apa.

“Walaupun ada yang cuba menanganguk di air keruh kononnya mereka menjadi pembela Bossku, hakikatnya jasad yg berada di sebalik tirai besi itu tahu sahabatnya tidak pernah kenal erti jemu dalam mencari usaha mendapatkan pembelaan buat dirinya.

“Mengenali Zahid sedekah yang dihulur pun tak pernah nak dijaja apatah lagi langkah membela sahabat sejatinya. Walau ada yg bertanya apa Zahid buat untuk membela Bossku?

“Cukup untuk saya menyebut sebagai orang yang sering menjadi perantara dan sebagai seorang yang amat rapat dengan Najib serta keluarganya, tidak ada satu ruang perundangan mahupun rundingan yang dilepaskan oleh Zahid untuk membela nasib Bossku,” ungkap beliau lagi.

Kata Megat Zulkarnain, kemuncaknya agenda pengampunan Bossku diangkat ke Lembaga Pengampunan.

“Apakah pengampunan ini tiba tiba dibawa dalam agenda tanpa sebarang usaha rundingan atau langkah langkah politik yang dibuat?

“Sudah tentu usaha usaha ini bukan bertujuan untuk dijaja atau dijadikan drama. Kerana bagi Zahid setiap langkah yang diambil adalah atas keikhlasan dan kesetiaan.

“Takkan setiap usaha beliau perlu dihebahkan. Bayangkan apabila beliau secara terbuka memaklumkan pernah mengadakan pertemuan dengan Bossku di penjara semasa Perhimpunan Agung Umno 2023, semua serangan dan cercaan dilemparkan kepada beliau.

“Pada ketika itu kumpulan yang satu ketika pernah berada di Putrajaya memegang tampuk kuasa tidak berbunyi sepatah pun. Namun mereka yang berkuasa semasa Bossku dipenjara kini menjaja cerita kononnya Zahid tidak berbuat apa.

“Ironinya, mereka ini tidak berada dalam barisan kepimpinan tertinggi Umno yang menyaksikan dalam beberapa siri Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, Zahid memaklumkan usaha-usaha pembelaan buat Najib tidak pernah bernoktah,” dedah beliau.

Megat Zulkarnain menambah, dengan menandatangani afidavit menyokong petisyen Najib, beliau kira inilah kemuncak usaha Zahid demi sahabatnya.

Kata beliau, mungkin ada suara sumbang yang mengatakan jika telah mengetahui wujudnya titah adendum pada 30 Januari lalu kenapa Zahid berdiam diri?

” Walaupun ada yang bangkit di Parlimen meminta penjelasan benarkah wujudnya titah adendum, ia bukan bahan politik untuk meraih populariti. Ini bukan drama. Ini juga bukan cerpen yang boleh direka mengikut selera penulisnya. Sebaliknya ia menyangkut soal perundangan negara.

“Apabila sebagai orang yang mempunyai hak Najib memfailkan pertisyen, tanpa ragu dan dalam keadaan sedar risiko yang mungkin ada di hadapannya, Zahid tampil mengikut lunas perudangan memfailkan afidavit kerana bagi beliau usahanya kini sampai ke kemuncak melalui proses perundangan untuk membela sahabatnya.

“Tumpah air mata saya tatkala mengambil gambar ini pada petang terakhir Ramadan kerana di bulan penuh keberkatan, Zahid menzahirkan sokongan buat sahabatnya Najib dengan menandatangani afidavit yang bukan sahaja pembuktian usaha beliau membantu Najib tetapi sebenarnya tindakan memuliakan serta menjunjung kasih atas titah adendum Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

“Kepada Allah SWT saya berdoa dan berserah agar memberikan yang terbaik buat mereka,” kata Megat Zulkarnain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat