Psiko buat peminat

- Advertisement -

Diam tak diam sudah 20 tahun kumpulan OTwo berada dalam industri muzik tanah air. Mereka pernah mencipta rekod peribadi apabila lagu Khayalan Maya diangkat sebagai lagu tema untuk sebuah filem.

Tanpa publisiti yang melampau, kumpulan yang dianggotai oleh Anep sebagai ketua kumpulan dan pemain dram, Alan (gitar), dan Izan (penyanyi) terus aktif menghasilkan produk terbaru buat peminat.

Mereka yang bernaung di bawah Asia Empire Records kini tampil dengan single serta muzik video terbaru berjudul Psiko.

Anep berkata, Psiko adalah petikan lagu daripada abum kelima mereka yang kini masih dalam proses pembikinan.

“Asia Empire Records juga adalah pengedar digital rasmi untuk single terbaru ini. Terdahulu kami pernah tampil dengan empat album iaitu Rivermonk-Dewi dan Rivermonk-Jingga.

“Kemudian kami menggunakan nama OTwo untuk album seterusnya kerana syarikat rakaman memberikan alasan nama Rivermonk tak sesuai digunakan. Namun kami masih kekal dengan anggota asal sehingga hari ini,” katanya.

Album ketiga mereka berjudul Radio Tanah Melayu, manakala keempat pula Evolusi.

Anep berkata, dia berbangga kerana berjaya meraih beberapa pencapaian terbaik dalam karier mereka antaranya Finalis Top 5 Anugerah Industri Muzik ke-13 (AIM) untuk Album Hard Rock terbaik.

“Lagu Anak Merdeka dari Album Radio Tanah Melayu pula diiktiraf sebagai lagu khazanah Negara oleh Menteri Penerangan Malaysia.

“Tak ketinggalan lagu Mr Koma dari album Evolusi dipilih menjadi runut bunyi untuk permainan dalam talian, Jinonline dan kami adalah artis pertama yang menjadi duta serta mempunyai karakter di dalam permainan video di Asia ketika itu.

 

OTWO ketika penggambaran muzik video lagu Psiko.
OTWO ketika penggambaran muzik video lagu Psiko.

 

“Menerusi album Evolusi juga kami berjaya menjual Caller Ring Tone tertinggi dan mendapat peluang untuk membuat persembahan di MTV World Stage pertama di Malaysia bersama Kasabian, The All American Rejects dan ramai artis antarabangsa lain,” katanya.

OTwo juga beberapa kali dijemput membuat persembahan pembukaan di Thailand untuk konsert artis popular seperti Loso iaitu band rock n roll nombor satu di sana.

Lain-lain kejayaan mereka ialah bergelar finalis Twisties Bingit 2020 dibawakan oleh Hot FM, memenangi Best Rock Song menerusi lagu Ilusi Tragis di VIMA Awards Asia dan memenangi Best Mind Blowing Music Video untuk lagu Mr Koma Di VIMA Awards Asia.

Anep berkata, sudah 10 tahun tanpa single atau album, mereka kini memulakan rakaman album kelima.

“Muzik video rasmi Psiko sudah disiarkan menerusi YouTube sejak 11 November lalu. Lagu dan liriknya secara bersama oleh kami bertiga.

“Untuk album ini, kami akan menulis bersama untuk memastikan ia memenuhi cita rasa serta tidak lari dari konsep OTwo.

“Rakaman dibuat di studio kami sendiri termasuk proses mixing dan mastering juga oleh OTwo sendiri,” katanya.

Penggambaran muzik video arahan Pitt Hassan ini dibuat di Alor Setar, Kedah bertempat di sebuah panggung wayang lama.

“Ia menelan belanja tinggi untuk mendapatkan kualiti yang sesuai untuk kita hantar ke negara luar,” katanya.

Album ini akan memuatkan 10 lagu untuk dipasarkan di Asia termasuk Jepun, India dan Thailand serta akan dijual dalam bentuk CD dan digital.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat