Data 98 Juta Pengguna Aplikasi Muslim Pro Dalam Milikan Tentera A.S?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tentera Amerika Syarikat telah membeli data dari pelbagai aplikasi bagi tujuan menentang keganasan.

Memetik laporan Motherboard, perkara yang paling merisaukan lebih 98 juta data pengguna aplikasi popular Muslim Pro antara yang telah berjaya dibeli.

Selain itu data lain yang dibeli adalah dari aplikasi Muslim Mingle, CPlus for Craigslist, Accupedo dan Global Storms.

Menurut laporan itu lagi, pembelian data Muslim Pro adalah merisaukan kerana ia dilihat boleh digunakan oleh pihak tentera A.S untuk menjejak data lokasi pengguna Muslim Pro yang pastinya beragama Islam.

Data digunakan oleh aplikasi untuk memberikan waktu solat, lokasi kiblat dan ayat-ayat Al Quran.

Katanya, data dibeli menerusi X-Mode dan Locate-X yang menerima data yang dijual pembangun pelbagai aplikasi peranti pintar.

Jurucakap Komando Operasi Khas A.S, Navy Cmdr Tim Hawkin mengesahkan data dibeli bagi membantu keperluan operasi khas pihak tentera di luar negara.

Beliau juga mengatakan prosedur serta polisi menjaga privasi, hak asasi dan undang-undang rakyat Amerika Syarikat akan dihormati selepas data dibeli.

Ini menimbulkan kegusaran data yang telah dibeli boleh digunakan untuk mencari sasaran serangan oleh pihak Tentera A.S untuk operasi mereka.

Serangan menggunakan dron kerap dilakukan untuk “menentang keganasan” tetapi kerap kali tersasar sehingga mengakibatkan kematian ratusan orang awam seperti yang berlaku di Afghanistan dan Yaman.

Sehingga ini pihak Muslim Pro, Locate X dan X Mode masih belum mengeluarkan sebarang komen mengenai penjualan data pengguna kepada pihak tentera.

Media tempatan melaporkan, apa yang berlaku kepada data peribadi apabila menggunakan aplikasi telefon pintar dan melayari laman web yakni Skandal Cambridge Analytica menunjukkan bagaimana ia boleh digunakan untuk mengubah persepsi ketika pilihan raya diadakan.

Tetapi ia kini mungkin boleh digunakan oleh pihak tentera untuk menjejak pergerakan anda.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat