Dr Maza Cadang Adakan PRU Segera

- Advertisement -

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat Pilihan Raya Umum (PRU) perlu diadakan segara bagi menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku hari ini.

Dalam catatan Facebook berjudul “PRU BERSIH MUSIM COVID”, Dr Mohd Asri memberi gambaran beliau memberi pandangan sedemikan telah berbual dengan beberapa pemimpin politik berpengaruh negara.

“Beberapa hari ini saya ada berbicara dengan pihak-pihak yang terlibat dalam politik negara. Saya berbual YAB PM (menerusi video conference), YB Tun Mahathir Mohamad (telefon), YB Tengku Razaleigh Hamzah (telefon), beberapa menteri (melalui telefon dan ada yang datang ke rumah).”

“Jika saya boleh membuat kesimpulan, saya rasa, atas ‘kenakalan’ politik yang ada, kita memerlukan PRU segera.”

Mufti Perlis, yang juga popular dengan panggilan Dr Maza, berpendapat dalam keadaan sekarang mungkin peluang untuk kita mengadakan PRU pali bersih dalam sejarah mengikut norma-norma baharu.

“Disebabkan faktor COVID, maka dalam PRU kali ini dilarang kempen secara fizikal. Ertinya, tiada ceramah umum, ceramah kelompok, kempen rumah ke rumah, edaran risalah dan seumpamanya. Hanya yang dibenarkan kempen melalui media sosial,” tulis Dr Maza bagi mempertahankan hujahnya.

Tambah beliau, PRU dalam norma baharu akan menjimatkan kos kempen, memberi peluang yang lebih setara kepada semua pihak yang bertanding.

“Rakyat juga tidak perlu membazirkan keluar rumah atau terganggu dengan dengan kedatangan calon-calon ke tempat mereka. Maka, kuranglah permusuhan dan ketegangan terbuka. Harap juga dapat mengurangkan rasuah politik semasa berkempen. Pilihanraya akan jadi lebih adil untuk semua.”

Namun Dr Maza mengingatkan jika PRU diadakan, kerajaan tegaskan memastikan SOP dipatuhi.

“Calon yang melanggar, boleh dibatalkan pencalonan. Aktivis yang melanggar didakwa dan didenda.
Apabila tiba hari mengundi, rakyat keluar dengan SOP. Rakyat beratur seperti kita ke bank dan lain-lain pada masa ini dengan SOP yang ditetapkan.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat