Saya Tidak Sokong Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri Kata KJ

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, menegaskan beliau tidak pernah memberi sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau, berkata penularan surat yang menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri langsung tidak mewakili pendiriannya.

“Jika benar surat itu, saya ingin menegaskan pendirian Presiden tidak mewakili suara saya,

“Saya tidak menyokong Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri,” tulis beliau didalam instagram miliknya.

Tegas Khairy lagi, Ahli Parlimen perlu juga membuat penjelasan mengenai pendirian mereka dengan jelas. Kita boleh lihat siapa yang mempunyai angka.

Sebelum itu, Media Sosial dan rangkaian perbualan hari ini dikejutkan dengan penyebaran apa yang didakwa sebagai surat UMNO kepada Yang Di Pertuan Agong menyatakan sokongan Ahl-Ahli Dewan Rakyat UMNO kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Surat yang ditandatangani oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datuk dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Penasihat Barisan Nasional dan Ahli Parlimen Pekan antara lain menyatakan,

“Keputusan Presiden bahawa Ahli-Ahli Dewan Rakyat Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)memberi sokongan dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi dan setia kepada YB Dato Seri Anwar Bin Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson (P132), untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9.” -SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat