Wan Rosdy Tekad Teruskan Agenda Pembangunan Pahang

- Advertisement -

Pada tanggal 15 Mei 2018, Pahang mendapat Menteri Besar ke-14 apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Menteri Besar Pahang yang baharu.

Dilantik sebagai Menteri Besar pada usia 60 tahun, Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands tersebut berhadapan cabaran yang sangat besar. Inilah kali pertama dalam sejarah Pahang ditadbir oleh parti yang tidak menguasai kerajaan Persekutuan.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri itu menggantikan Datuk Seri Adnan Yaakob yang menjawat jawatan itu selama empat penggal.

Dalam Pilihan Raya Ke 14 (PRU14) lalu, Wan Rosdy menang dengan majoriti 3,507 undi dalam saingan empat penjuru.

Fokus utama Wan Rosdy apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ialah menumpukan kepada hal-hal berkaitan birokrasi dan kemudahan yang diperlukan oleh rakyat.

Sejak tiga tahun lepas Wan Rosdy tidak lagi menoleh ke belakang dalam usaha memastikan Pahang dapat bergerak seiring dengan pembangunan ekonomi negara.

Hasilnya Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Pahang meningkat dari 3 peratus pada 2018 kepada 3.7 peratus pada tahun 2019. Dari segi angka ia meningkat dari 56.2 bilion ringgit pada 2018 kepada 58.3 bilion ringgit pada 2019.

Video: https://fb.watch/5xT8cPyB8C/

Selepas Belanjawan defisit pada 2019 sebanyak 23.07 juta ringgit, tahun penyata kewangan negeri Pahang bagi bagi tahun 2020 menunjukkan lebihan (surplus).

Berbanding anggaran pendapatan belanjawan 2020 sebanyak 744.02 juta ringgit, kutipan hasil sebenar 2020 ialah 850.45 juta ringgit.

Dalam masa yang sama belanja mengurus Pahang bagi tahun 2020  hanyalah 662.44 juta ringgit berbanding anggaran perbelanjaan belanjawan 2020 sebanyak 739.99 juta ringgit.

Sepanjang tiga tahun lalu juga kerajaan negeri pimpinan Wan Rosdy telah mengurangkan beban hutang kerajaan negeri dari RM3.22billion kepada RM930juta.

Dalam pelan Strategik Perindustrian Negeri Pahang 2020-2025 pula Kerajaan Negeri telah menetapkan hala tuju pembangunan perindustrian bagi menjadikan Negeri Pahang sebagai sebuah negeri maju dan kompetitif menjelang tahun 2025.

Terdapat 7 sektor utama di Negeri Pahang yang diberikan keutamaan serta tumpuan iaitu pembuatan, pelancongan, pertanian, perladangan, penternakan, perikanan dan perlombongan. Selain itu, tumpuan juga diberikan kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang merupakan pelengkap kepada sektor utama.

Pelan Strategik Perindustrian Negeri Pahang sehingga 2025 nanti akan menjadi satu tanda aras penting kejayaan Wan Rosdy dalam meneraju kepimpinan negeri Pahang.

Dengan slogan #MajuTerusPahang, Wan Rosdy tampak merintis jalan yang meyakinkan untuk mencapai matlamat tersebut.

GARIS MASA PENTADBIRAN WAN ROSDY WAN ISMAIL 2018-2021

15 MEI 2018: DATUK SERI WAN ROSDY WAN ISMAIL, 60,  MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI MENTERI BESAR PAHANG KE-14 MENGGANTIKAN DATUK SERI ADNAN YAAKOB

 1 OGOS 2018 : PENURUNAN KUASA KELULUSAN KEBENARAN (CONSENT) KEPADA PENTADBIR TANAH DAERAH BERKUATKUASA 1 OGOS

 Penurunan kuasa Pihak Berkuasa Negeri (PBN) atau Menteri Besar kepada Pentadbir Tanah dan Pendaftar, bagi mendapatkan kelulusan kebenaran pindah milik, gadaian dan pajakan tanah.

Keputusan ini dibuat bagi mengurangkan karenah birokrasi, sambil menambah-baik sistem penyampaian Kerajaan sekaligus menyenangkan urusan rakyat dalam hal transaksi tanah.

11 OGOS 2018:  MENTERI BESAR DILANTIK SEBAGAI PRO CANSELOR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH (KUIPSAS)

20 OGOS 2018: PERUNTUKAN LEBIH RM5 JUTA BAGI TANGANI SEGERA MASALAH GANGGUAN AIR DI KUANTAN

Dalam pertemuan dengan Menteri Besar, Kumpulan Sokongan Industri Gebeng (GISG) bersetuju membantu kerajaan negeri sebanyak RM5 juta bagi memperbaiki kebocoran pada ban berhampiran Rumah Pam Kobat, manakala selebihnya akan ditanggung sendiri oleh Kerajaan Negeri bagi kerja-kerja pembenihan awan.

23 OGOS 2018:  KERAJAAN NEGERI RAYU PERTIMBANGKAN SEMULA KEPUTUSAN PEMBATALAN PROJEK ECRL

Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail merayu agar Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan semula keputusan membatalkan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Rayuan ini katanya, ialah demi rakyat terbanyak, yang selama ini menyambut berita tentang projek ini dengan gembira ekoran manfaat besar yang bakal turut mereka perolehi daripadanya.

5 SEPTEMBER 2018: WAN ROSDY UMUM SASARAN MEMBINA 10,000 ‘RUMAH MAKMUR’ RM80,000 SEBUAH DALAM TEMPOH LIMA (5) TAHUN BAGI MEMBANTU RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH MEMILIKI RUMAH.

 “Ekoran kejayaan pembinaan rumah PR1MA Pahang, kita dapati ada lagi rakyat yang tidak mampu untuk membeli rumah PR1MA Pahang (jenis rumah berkembar) RM150,000.

“Jadi, sebab itulah datangnya idea kepada Kerajaan Negeri untuk membuat rumah RM80,000 ke bawah.”

26 OKTOBER 2018: LANJUTAN PEMBEKUAN PENGELUARAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (LPS) BAHARU UNTUK CAMERON HIGHLANDS 

Kerajaan negeri meneruskan polisi pembekuan LPS bagi menjaga kelestarian alam sekitar di Cameron Highlands.

“keputusan tegas itu diambil bagi mengehadkan kegiataan pembukaan tanah – sungguhpun secara sah, bagi usaha-usaha pertanian oleh pekebun-pekebun sayur dan buah-buahan di sana.”

 19 NOVEMBER 2018: Belanjawan Pahang 2019 yang dibentangkan hari ini mencatat lebihan RM24.34 juta mengambil kira anggaran kutipan hasil RM703.8 juta dan jangkaan perbelanjaan mengurus RM679.46 juta.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Belanjawan  2019 turut menyediakan peruntukkan pembangunan dengan anggaran RM98.05 juta dan jumlah itu agak kecil berbading bajet 2018, RM108.57 juta.

21 DISEMBER 2018: RM3.48 JUTA BAGI PROGRAM BANTUAN KHAS SEKOLAH RENDAH

Menteri Besar mengumumkan peruntukan Yayasan Pahang (YP) sebanyak RM3.48 juta bagi program “Kembali ke Sekolah” negeri Pahang. Peruntukan sebanyak RM150 seorang kepada kira-kira 23,200 murid seluruh Pahang.

23 JANUARI 2019: 363 LOT RUMAH UNTUK GENERASI KEDUA FELDA SUNGAI KOYAN

Wan Rosdy mengumumkan lot-lot rumah untuk generasi kedua di Rancangan Tanah Felda Sungai Koyan 1,2 dan 3.

13 MAC  2019: PERUNTUKAN RM12 JUTA BAGI PEMBINAAN KOLAM TAKUNGAN AIR DI LOJI AIR CHINI.

Pembinaan kolam takungan air baharu ini merupakan rancangan jangka pendek untuk mengatasi masalah bekalan air yang melibatkan seluruh kawasan Chini.

 31 JULAI  2019: MISI PERDAGANGAN WAN ROSDY KE SINGAPURA TARIK PELABURAN BERNILAI RM1.134  BILION

‘Forum Pelaburan Pahang 2019’ (PIF; Pahang Investment Forum 2019) diadakan di sebuah hotel terkemuka Singapura dihadiri lebih 150 peserta termasuk dalam kalangan syarikat-syarikat serta syarikat-syarikat multinasional yang berpejabat di negara republik itu.

1 OGOS  2019: PAHANG UMUM PEMBUKAAN BUKA TAMAN PERINDUSTRIAN ANTARABANGSA KUANTAN (KIIP) SELUAS 1,214.06 HEKTAR (3,000 EKAR) –

Pembukaan tamah perindustrian baharu seluas 1,214.06 hektar dekat Pelabuhan Kuantan, sebagai Taman Perindustrian Antarabangsa Kuantan (KIIP) bagi memenuhi jangkaan permintaan pelaburan baharu.

15 OKTOBER 2019: WAN ROSDY UMUM KOMITMEN KERAJAAN KEKALKAN TANAH RIZAB ORANG ASAL DI PAHANG DAN AKAN MEWARTAKAN MANA YANG BELUM.

4 NOVEMBER 2019: KERAJAAN NEGERI WARTAKAN 132, 212.58 HEKTAR HUTAN SEBAGAI TAMBAHAN KAWASAN TADAHAN AIR

Dicampur dengan keluasan Hutan Tadahan Air sedia ada kira-kira 258,951.88 hektar, kini Pahang mempunyai kawasan tadahan air seluas 386,971.14 hektar.

18 NOVEMBER 2019: Kerajaan negeri Pahang hari ini membentangkan Belanjawan 2020 dengan lebihan RM4.13 juta, iaitu belanjawan lebihan ke-17 negeri sejak 1992.

4 JANUARI 2020: OPERASI LESATRI 2: PAHANG KELUAR NOTIS PENGOSONGAN KEPADA PEKEBUN HARAM CAMERON HIGHLANDS

Kerajaan Negeri mengambil sikap tegas tetapi ihsan dalam menangani pekebun haram di cameron Highlands yang telah lama beroperasi.

“Kita cuma beri notis (pengosongan) kepada peneroka-peneroka haram ini. Jika Kerajaan Negeri menggunakan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara mereka boleh didenda sehingga RM500,000.” – Wan Rosdy Wan Ismail

6 MAC 2020: PAHANG BAKAL TARIK RM1.213 BILION PELABURAN DARI THAILAND

Pahang bakal menarik pelaburan bernilai RM1,213 juta (RM1.213 billion) dari negara Thailand dengan termeterainya Perjanjian dan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pelabur-pelabur negara itu.

25 MAC 2020: EXCO PAHANG POTONG 10% GAJI UNTUK TABUNG COVID-19 NEGERI

Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan potongan gaji 10 peratus selama tiga (3) bulan ke atas Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri untuk disumbangkan ke Tabung COVID-19 Pahang.

24 APRIL 2020: PERUNTUKAN RM18 JUTA ATASI MASALAH PENCEMARAN AIR MENTAH SUMBER LOJI RAWATAN AIR RAUB PERUNTUKAN RM12 JUTA PENYELESAIAN BEKALAN AIR DAERAH LIPIS

12 MEI 2020: UMUM PERUNTUKAN RM26.4 JUTA BANTUAN COVID-19 BABITKAN LEBIH 140 RIBU KELUARGA

13 JUN 2020: RM 18 JUTA ATASI MASALAH BEKALAN AIR TERAWAT DI CHINI

 14 JUN 2020: MENTERI BESAR UMUM LEBIH 90 PERATUS PENEROKA FELDA DI PAHANG TELAH TERIMA SURAT HAK MILIK TANAH MEREKA

Kira-kira 38,600 atau kira-kira 90 peratus daripada 43,126 peneroka Rancangan Tanah Felda di Pahang sudah menerima suratan hakmilik tanah melibatkan kawasan kira-kira 182,000 hektar dan dianggarkan bernilai RM40 bilion.

21 JUN 2020: 4,498 HEKTAR KAWASAN TASIK CHINI DIISYTIHAR SEBAGAI KAWASAN HUTAN SIMPANAN KEKAL

Kerajaan Negeri bersetuju mewartakan kawasan seluas 4,498 hektar di sekitar Tasik Chini tersebut sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK).

22 JUN 2020: RUMAH BANGLO SETINGKAT DENGAN HARGA RM35,000 SEUNIT DALAM SKIM PENEMPATAN SEMULA NELAYAN TELAH SIAP UNTUK DIDUKI.

Setelah terbengkalai sekian lama akhirnya program perumahan Kerajaan Negeri – Penempatan Semula Nelayan (PNS) Bunut Rendang ini siap, dan pemiliknya dalam kalangan nelayan tempatan menerima kunci rumah mereka.

 25 JUN 2020: PELABURAN ASING RM400 JUTA UNTUK TAMAN PENYELIDIKAN BERKAITAN BENIH TANAMAN TROPIKA DI GAMBANG, PAHANG.

Taman penyelidikan ini – Global Tropical Seeds Research Park (GTSRP) akan dimajukan oleh Green World Genetics Sdn Bhd (GWG) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP), atas tanah berkeluasan kira-kira 448.8 hektar (1,109 ekar) di Sungai Pohoi, Mukim Hulu Lepar, Gambang.

10 SEPTEMBER 2020: MENTERI BESAR ISYTIHAR KUALITI AIR SUNGAI ICHAT DI TAHAP 1 SELEPAS 18 KERJA PEMULIHARAAN DIJALANKAN

Pada Februari 2019 kerajaan negeri mengerakkan usaha pemuliharaan air mentah sungai Ichat setelah kualiti airnya diklasifikasikan sebagai kelas 4 kerana pencemaran yang teruk.

6 NOVEMBER 2020: MENTERI BESAR UMUM PROJEK JALAN POS BETAU – POS LANJANG BERNILAI RM11.7 JUTA

“Projek ini sebenarnya, telah diluluskan sebelum PRU Ke-14 lagi tetapi ianya tidak dapat diteruskan apabila Kerajaan Pakatan Harapan ketika itu, membatalkan projek ini dan kemudiannya diteruskan (kembali, di bawah Kerajaan Perikatan Nasional sekarang).

 16 NOVEMBER 2020: Pembentangan Belanjawan 2021 bertemakan ‘Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama’ dengan lebihan RM5.332 juta.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, belanjawan itu menyediakan peruntukan RM795.466 juta bagi perbelanjaan mengurus dan RM201.915 juta bagi perbelanjaan pembangunan, manakala kutipan hasil negeri dianggarkan sebanyak RM800.798 juta.

3 DISEMBER 2020: MENTERI BESAR UMUM KUTIPAN HASIL SEBENAR NEGERI MELANGKAUI ANGGARAN BELANJAWAN.

Dua tahun berturut-turut kutipan hasil negeri sebenar melangkaui anggaran. Kutipan hasil sebenar setakat hari ini ialah RM777 juta berbanding anggaran belanjawan RM744.02.

Pada tahun 2019 kerajaan negeri mengutip hasil RM847.3 juta berbanding anggaran asal RM703.8 juta.

25 DISEMBER 2020: HUTANG KERAJAAN NEGERI KEPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN BERNILAI RM2.335 BILLION DILANGSAIKAN.

Ini membabitkan penyelesaian hutang air sebanyak RM2.074 bilion menerusi perjanjian-perjanjian di bawah Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Pahang.

Selain itu Pahang juga menyelesaikan dua lagi hutang Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan bernilai RM260.598 juta.

1 JANUARI 2021: PERUNTUKAN RM56 JUTA UNTUK BANTUAN PRIHATIN PAHANG (BPP)

Mula dilaksanakan dalam usaha membantu meringankan beban rakyat di seluruh negeri.

21 JANUARI 2021: BANTUAN PASCA BANJIR

Antaranya, sepertimana diumumkan oleh Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail tengah hari Khamis, 21 Januari; ialah pertimbangan sumbangan tunai ‘one-off’ serta rebat bil air sehingga RM15 bagi bulan Januari ini, untuk setiap keluarga atau Ketua Isi Rumah (KIR).

“Dengan bantuan-bantuan yang dicadangkan ini setakat ini, diharap ia adalah memadai demi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir dalam mengharungi tempoh yang mencabar ini, In Sya Allah,” kata Dato’ Sri Wan Rosdy.

 

28 APRIL 2021: KERAJAAN PAHANG UMUM BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK) RM1,000 KEPADA KIRA-KIRA 8,000 PENJAWAT AWAM PAHANG SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN INI.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat