Eric See gesa DAP dan PKR jelas kenyataan Ketua Pengarah JKOM

KUALA LUMPUR – Pengkritik kerajaan, Datuk Eric See-To mempersoalkan sikap DAP dan PKR terhadap satu hantaran media sosial yang dikaitkan dengan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Syam Ghaz, yang menggunakan istilah “Cina sesat” terhadap dua pengkritik Perdana Menteri.

Menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat, Eric memetik satu tangkap layar yang memaparkan kenyataan dipercayai dimuat naik oleh Syam Ghaz.

Dalam hantaran tersebut, Syam dilihat merujuk kepada Eric See dan Albert Tei yang sering mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Belaci pembangkang Eric Lim Sian See dan Albert Tei sebelum ini 24 jam serang PMX Anwar Ibrahim, kini hadap saya seorang ja.

“Ok lah, tugas saya bantu PMX supaya fokus bangunkan negara berjaya. Dua Cina sesat tu bagi kami uruskan. Jalan terus!” tulis hantaran berkenaan.

Susulan itu, Eric mempersoalkan sama ada penggunaan istilah tersebut mencerminkan pendirian kerajaan dan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Anthony Loke Siew Fook, adakah anda juga seorang Cina sesat?

“Ini daripada ketua JKOM baharu anda. Dibayar menggunakan dana awam, wang rakyat termasuk daripada pembayar cukai Cina.

“Apa komen DAP dan PKR?” soal Eric.

Beliau turut mempersoalkan sama ada seorang pegawai kanan kerajaan wajar menggunakan bahasa sedemikian terhadap individu yang mempunyai pandangan politik berbeza.

Isu itu pantas mendapat perhatian pengguna media sosial dengan sebahagian netizen menggesa penjelasan rasmi daripada JKOM berhubung penggunaan istilah berkenaan.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada Syam Ghaz, DAP mahupun PKR berhubung dakwaan yang dibangkitkan oleh Eric See-To tersebut.

Kontroversi itu berlaku ketika Syam Ghaz sedang menjadi perhatian umum susulan pertikaian terbuka beliau dengan beberapa pengkritik kerajaan di media sosial, termasuk berhubung cabaran debat yang tular sejak beberapa hari lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat