Dua menteri kabinet perlu peraku ‘ Titah Adendum’ – Dr Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dua menteri kabinet perlu memperaku Titah Adendum (tambahan) agar bekas Perdana Menteri ke-6 Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh, Menteri Dalam Negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) tahu dan maklum Titah Adendum melain ada niat lain.

“Pengesahan YAB Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia DS Ahmad Zahid Hamidi berkenaan kewujudan Titah Adendum (tambahan) agar DS Najib Razak menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah adalah satu berita baik dan amat positif.

”Beliau juga menegaskan bahawaTitah Adendum tersebut turut dilihat dan dalam pengetahuan anggota kerajaan yang lain seperti YM Tengku Zafrul (Menteri MITI) dan DS Wan Rosdy (Menteri Besar Pahang),” kata Dr Akmal di Facebooknya, pada Rabu.

Kata Dr Akmal, merujuk kenyataan Peguam Tan Sri Muhammad Shafee pada 17 April, bagi memastikan Titah Adendum itu dapat dilaksanakan, mahkamah memerlukan identiti “saksi kritikal” yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan DS Najib antaranya Menteri Dalam Negeri, Komisenor Jeneral Penjara, Peguam Negara.

Selain itu, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

“Tidak sepatutnya menjadi isu atau keraguan bagi mereka untuk memperakuinya seperti diperlukan.

“Melainkan ada niat yang lain.

“Saya mohon untuk pihak yang bertanggungjawab untuk menjawab kepada persoalan ini,” katanya lagi.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan melihat kandungan Titah Adendum yang menyatakan bahawa pemohon yakni Datuk Seri Najib Razak dibenarkan untuk menjalani hukumannya yang dikurangkan kepada “tahanan rumah” dan bukannya pemenjaraan seperti sekarang di Penjara Kajang.

Zahid mendakwa kandungan Titah Adendum itu bertarikh 29 Januari 2024 dimeterai oleh Yang di-Pertuan Agong XVI.

“Pada 30 Januari 2024 semasa pertemuan di rumah saya di Country Heights dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz saya telah dimaklumkan oleh beliau tentang kewujudan Titah Adendum.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat