Rakyat berhak tahu pendirian kerajaan isu Titah Adendum Agong berkaitan Najib – UMNO Kelantan

- Advertisement -

CYBERJAYA – UMNO Kelantan memandang serius berkenaan dokumen Afidavit Tambahan No.3 yang telah ditandatangani Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 9 April lepas, yang menyokong dakwaan Datuk Seri Najib Razak mengenai kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16, supaya beliau menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.

“Kami memandang serius perakuan di dalam Para 5 (b) yang menyatakan dengan jelas Responden enggan melaksanakan Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024 yang dititahkan oleh Kebawah DUli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang-Di-Pertuan Agong XVI yang bersetuju untuk pemohon dibenarkan untuk menjalani hukumannya dikurangkan kepada “Tahanan Rumah” dan bukannya secara pemenjaraan di Penjara Kajang seperti sekarang.

“Perkara ini sangat serius kerana Responden akan dilihat mempermainkan Titah YDPA sekaligus menunjukkan contoh teladan yang tidak baik sebagai kerajaan kepada rakyat,” kata UMNO Kelantan menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Sehubungan dengan itu, UMNO Kelantan menjelaskan perlunya untuk rakyat mengetahui pendirian dan penjelasan kerajaan daripada sudut undang-undang serta takrifannya supaya tiada lagi pertikaian semua pihak.

UMNO Kelantan turut menegaskan pendiriannya kekal selari dengan Ahmad Zahid dalam memperjuangkan pembelaan sepenuhnya Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat