Malaysia Tidak Bebas Sepenuhnya Dari Risiko Gempa Bumi – NRECC

- Advertisement -

CYBERJAYA – Berdasarkan kepada bukti empirikal menunjukkan bahawa Malaysia tidak sepenuhnya bebas daripada risiko gempa bumi susulan kesan gempa bumi di negara ini adalah berpunca gempa bumi dari jarak jauh dan tempatan.

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NRECC) dalam kenyataannya berkata, ia dapat dilihat apabila kejadian gempa bumi jarak jauh di Semenanjung Malaysia berpunca dari sepanjang jalur Subduksi Plat India-Australia dan Plat Eurasia manakala di Sabah dan Sarawak adalah dari sepanjang jalur Subduksi Plat Filipina dan Plat Eurasia.

“Jalur ini merupakan sebahagian daripada Lingkaran Api Pasifik. Gegaran gempa bumi besar yang berpunca dari Plat India-Australia, Plat Filipina dan Plat Eurasia boleh dirasai di pantai barat Semenanjung Malaysia dan Sabah.

“Kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh gempa bumi yang berlaku di Sumatera, Indonesia.

“Kesan gempa bumi yang berlaku di Sumatera, Indonesia dan pergerakan plet tektonik Plat IndiaAustralia boleh menyebabkan pengaktifan sesar-sesar kuno yang terdapat di Semenanjung Malaysia dan menyebabkan kejadian gempa bumi.

“Magnitud gempa bumi boleh mencapai magnitud 6 bergantung kepada saiz garis sesar kuno yang diaktifkan,” katanya.

Menurut NRECC lagi, gegaran gempa bumi kuat yang berpusat di Malaysia yang pernah berlaku adalah dengan magnitud 6.0 hingga 6.3 yang berlaku di Sabah pada tahun 1923, 1958, 1976 dan 2015.

“Rekod gegaran paling kuat di Sarawak adalah magnitud 5.3 yang berlaku pada tahun 1994.

“Begitu juga di Semenanjung Malaysia pernah mengalami beberapa gegaran gempa bumi dengan pusat gempa bumi berasal dari gempa tempatan di Bukit Tinggi, Pahang, Empangan Kenyir Terengganu, Kuala Pilah Negeri Sembilan, Manjung dan Temenggor di Perak dengan julat magnitud antara 1.6 hingga 4.6 yang berlaku pada tahun 1984, 1985, 1987, 2007, 2009, 2010 dan 2013.

“Bagi Sabah dan Sarawak, kejadian gegaran gempa bumi adalah disebabkan oleh kombinasi pengaktifan sesar-sesar kuno akibat himpitan pergerakan tektonik Plat Filipina dan Plat Eurasia dan juga disebabkan oleh pergerakan sesar aktif tempatan,” ujarnya.

Justeru itu, sebagai langkah mitigasi untuk mengurangkan risiko kerosakan akibat gegaran gempa bumi ini, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menerbitkan Peta Bahaya Seismik Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada 2019.

Kandungannya turut memberi fokus reka bentuk bangunan yang tahan gegaran gempa perlu diaplikasi dalam pembinaan bangunan di Malaysia dengan mencirikan zon-zon bahaya bencana seismik berdasarkan Peak Ground Acceleration (PGA) yang digunakan sebagai rujukan untuk mereka bentuk bangunan yang tahan gegaran gempa bumi.

“Nilai-nilai PGA dalam peta bahaya seismik telah dimasukkan dalam Malaysian Standard MS EN 1998-1:2015 (National Annex:2017): Malaysia National Annex to Eurocode 8: Design of structures for earthquake resistance – Part 1: General rules, seismic actions and rules for buildings.

“Kementerian sentiasa memastikan pemakluman mengenai risiko gempa bumi dari semasa ke semasa melalui media sosial dan secara berkala di media. Justeru, orang ramai perlu cakna dengan arahan yang dikeluarkan untuk mengambil langkah mitigasi sekiranya berlaku risiko bencana gempa bumi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat