Tubuhkan Lembaga Ketum, Eksport Ke Amerika Syarikat – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan agar kerajaan mengeksport ketum ke negara luar terutamanya Amerika Syarikat bagi membantu pekebun kecil meraih pendapatan.

Beliau juga mengesyorkan supaya Lembaga Ketum ditubuhkan sebagai pengendali tunggal yang mengawal selia pengeluaran, pemprosesan dan juga pengeksport ketum ke luar negara.

Menurut Khairy lagi, ketum adalah tumbuhan pribumi yang berasal dari Malaysia dan adalah lebih baik sekiranya ia dimanfaatkan untuk menjana pendapatan melalui eksport meskipun ketum masih belum dibenarkan penggunanaannya di sini.

“Daripada pekebun kecil ketum kena tangkap dengan polis, mereka boleh jual ketum mereka dan dapat pendapatan RM1,000, RM2,000 setiap bulan.

“Kalau negara lain boleh menggunakan ketum, kenapa tidak kita eksport? Kita boleh buat prosedur yang ketat, maksudnya hanya Lembaga Ketum (diwujudkan), dia saja yang boleh beli pokok ketum, dia saja boleh proses dan eksport kepada Amerika Syarikat.

“Eh negara lain boleh guna apa masalahnya? Bukan kita nak guna untuk orang kita sendiri. Kita tetapkan syarat eksport yang ketat, tak boleh tumbuh merata-rata. Kalau nak jadi sebahagian daripada pekebun kecil yang nak eksport, kena daftar dan diperiksa oleh polis, Kementerian Kesihatan (KKM) dan hanya boleh jual kepada Lembaga Ketum dan terus eksport ke negara luar,” cadang beliau dalam podcast Keluar Sekejap pada Isnin.

Malah kata Khairy sekiranya kerajaan memusnahkan pokok-pokok ketum di utara tanah air adalah tidak mustahil boleh kalah pilihan raya.

“Kalau kita pi negeri-negeri utara kita nak musnahkan semua pokok ketum percayalah kamu akan kalah dalam pilihan raya di sana.

“Ini bukan soal politik, sebab pokok ketum itu dah ada pokok mereka atas tanah mereka sendiri secara senyap-senyap mungkin ada yang dah jual.

“Memandangkan sains negara lain dah terima pokok ketum dah wujud.

“Kenapa kita tak keluarkan dengan polisi terkawal, kastam kita tak pakai hantar ke negara lain yang nak guna dan kita raih pendapatan untuk pekebun kecil, ini idea. Saya tinggalkan cadangan ini untuk perdebatan awam,” ujar Khairy.

Pun begitu, sebagai bekas Menteri Kesihatan beliau memberitahu ketum masih diperingkat kajian di Malaysia sebelum ia dibenarkan penggunaanya.

“Saya tengok dari perspektif Menteri kesihatan dulu, saya dah kaji isu ketum ini dah lama.

“Bagi KKM, ketum masih lagi sesuatu yang tidak boleh dibenarkan lagi sebab dalam pokok ketum ini ada bahan psikoaktif yang boleh mengkhayalkan- betullah.

“Dan tanpa ada bukti saintifik yang bahan itu boleh digunakan bagi tujuan perubatan KKM tidak akan luluskan produk itu dibenarkan untuk digunakan bagi tujuan perubatan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat