Dr Maza harap kerajaan tak beri lagi sebarang jawatan kepada Rayer, tak faham bahasa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan kerajaan agar tidak lagi memberi sebarang jawatan kepada Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer.

Hal ini kata Dr Maza, Rayer didakwa menimbulkan provokasi dalam masyarakat majmuk negara ini dan gagal faham bahasa utama negara.

Tegas Mufti Perlis itu lagi, jika diberikan juga bererti sensitiviti majoriti rakyat negara ini tidak dijaga.

“Setelah hampir dua minggu kenyataan saya, barulah dengan tiba-tiba ahli Parlimen Jelutong itu rasa terhina. Saya hairan bagaimana dalam negara ini yang bahasa Melayu adalah bahasa utama boleh ada ahli Parlimen yang tidak faham bahasa seperti beliau.

“Di mana ayat saya yang menghina agama beliau? Ayat saya itu untuk beliau faham betapa semua pihak jangan masuk campur urusan agama pihak lain. Bahkan rakan-rakan saya yang beragama Hindu juga ada yang menyokong kenyataan saya dan menganggap beliau sudah melampaui batas.

“Beliaulah yang patut minta maaf atas banyak kenyataan beliau yang membabitkan Umat Islam di negara ini. Saya mengharapkan kerajaan yang ada jangan memberikan apa-apa jawatan kepada beliau kerana beliau menimbulkan provokasi dalam masyarakat majmuk negara ini dan gagal faham bahasa utama negara. Jika diberikan juga, bererti sensitiviti majoriti rakyat negara ini tidak dijaga,” bidas Dr Maza dalam kenyataan di Facebooknya pada Isnin.

Beliau malah memberi contoh sebegini, “untuk mudah faham, jika kita bertemu dengan seseorang dan berkata kepadanya: “Awak jangan bertanya saya orang mana, seperti mana saya tidak pernah bertanya siapa nama ayah awak”, tiba-tiba dia rasa kita menghinanya, memanglah pelik orang itu.

“Sama ada dia merasakan ayahnya itu hina padahal kita tidak menghina, atau dia gagal faham bahasa, atau kita sebut ‘jenis tidak faham bahasa’.

“Kedua-dua keadaan itu menunjukkan kualiti yang bukan pilihan masyarakat yang cerdik,” tempelak beliau lagi.

Sebelum ini, dalam video di saluran YouTube rasminya, Dr Maza berkata, Rayer tidak sepatutnya mempersoalkan siapa yang dijemput untuk ke majlisnya sama seperti dia tidak pernah mempersoalkan Ahli Parlimen DAP itu apa yang dicalit di dahinya dan mengapa dia melakukannya.

“Seperti mana saya tidak bertanya apa bahan digunakan untuk menyapu dahinya dan kenapa dia menyapu dahinya, demikian dia tidak perlu bertanya saya siapa yang ingin saya jemput,” kata mufti itu.

Susulan itu, Rayer akui beliau berasa terhina dengan kenyataan Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang menyentuh tentang abu suci yang disapu didahinya sebagai penganut agama Hindu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat