Pelajar UiTM cipta inovasi ‘Safe Space’ lapor gangguan seksual di tempat kerja

- Advertisement -

 
KUALA LUMPUR — Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Kolej Pengajian Seni Kreatif mengadakan ‘Program Chroma’ yang berlangsung dari 16 sehingga 18 Februari 2025 di Grey Box GMBB Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Program ini diadakan bagi melatih para pelajar tahun akhir Rekaan Grafik untuk lebih berani setelah bergraduasi nanti selain melahirkan inovasi baharu ciptaan pelajar universiti berkenaan.

Antara Yang menarik perhatian, melalui program berkenaan, seorang pelajar tahun akhir jurusan Seni Kreatif UiTM Shah Alam, Muhd Aizad Marzuki telah memilih tajuk ‘gangguan seksual di tempat kerja’.

Beliau mencipta ‘Safe Space’ yang memberi kesedaran dan menyediakan platform selamat kepada para pekerja di Malaysia untuk membuat aduan sekiranya terdapat sebarang gangguan seksual di tempat kerja.
 
“Usaha ini amat penting memandangkan kes gangguan seksual semakin serius di negara ini, sekaligus mempengaruhi kesejahteraan pekerja dan produktivi organisasi.
 
“Sebagai rujukan 95 kes gangguan seksual yang dilaporkan dengan 88 peratus melibatkan wanita. Malah, kes meningkat saban tahun sejak kebelakangan ini, dengan 506 kes dilaporkan pada 2021, 477 kes pada 2022 dan 522 kes pada 2023.
 
“Antara dapatan kajian, hal ini berlaku akibat daripada pelaku mengeksploitasi mangsa dengan kedudukan jawatan pelaku, hal ini akan memberi kesan kepada maruah dan emosi mangsa,” jelasnya.
 
Aizad berharap dengan usaha ini, kesedaran dapat ditingkatkan sejajar dengan hasrat murni kerajaan yang mewujudkan suasana selamat di tempat kerja.
 
Selain itu, para pelajar turut membuat program bual bicara yang menerangkan secara ringkas aktiviti dan pameran yang sekaligus melatih mereka untuk lebih bersedia selepas pengajian nanti.

Selain itu, antara yang menarik perhatian juga, pelajar Husni Jasoffy Arman Jasoffy yang turut membuat inovasi dengan mencipta rekaan baharu pembungkusan kuaci yang boleh meningkatkan jualan dengan menyelesaikan isu seperti bungkusan yang boleh diguna semula (resealable) selepas dibuka.
 
Dalam pada itu seorang pelajar Nik Faiz Nik Kamaruzaman mencipta inovasi kit untuk ekzema yang diyakini akan mendapat pasaran di masa hadapan, Nuraqilah binti Ramlee memodenkan pembungkusan bahulu yang tidak lagi menggunakan plastik dan mesra alam.
 
Seterusnya pelajar Noramira Zulaika Zaizulkamar mencipta instant packaging keropok lekor yang boleh terus digunakan untuk memanaskan keropok lekor dalam ketuhar gelombang mikro.
 
Antara inovasi lain, inhaler aromaterapi turut dicipta oleh Anis Nabila Azahari yang boleh mencegah microsleep ketika memandu turut menarik perhatian para pengunjung.
 
Nurul Syahida Rusli pula membawa idea baharu dengan mengetengahkan kesedaran terhadap parasit cacing dalam kalangan murid sekolah yang disebabkan oleh gaya hidup dan kebersihan diri yang tidak memuaskan pada masa kini.
 
Kit mudah menanam pokok di dalam rumah juga turut diberikan nafas baharu oleh pelajar Nurina Fariha binti Kamaluddin yang memberi kemudahan kepada masyarakat yang tinggal di rumah bertingkat untuk mempunyai elemen hijau di rumah.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat