KKM, Polis Kerjasama Siasat Kes Pemalsuan Keputusan Ujian Covid-19

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerjasama dengan pihak polis dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) berhubung pemalsuan keputusan laporan ujian Covid-19 yang membabitkan sebuah klinik swasta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes tersebut telah dimaklumkan kepada pihaknya.

“PDRM mempunyai kebolehan risikan yang hebat bagi menyiasat kes ini,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, setiap makmal swasta yang dipastikan menjalani audit secara berkala bagi memastikan ujian calitan Covid-19 yang dijalankan memenuhi piawaian.

“KKM juga menggunakan Sistem Makmal Kesihatan Awam (SIMKA) untuk mengenal pasti jika ada kes yang dipalsukan,” katanya.

Beliau berkata, aktiviti pemalsuan laporan Covid-19 boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Kita akan melihat peruntukan lain yang boleh digunakan dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.

“Terima kasih kepada Dr Sathia Prakash Nadarajan atas tindakannya membuat laporan polis berhubung pemalsuan tersebut,” katanya.

Terdahulu, akhbar melaporkan Dr Sathia yang juga pengasas SP Care bertindak melaporkan kepada polis selepas mendapati keputusan Covid-19 yang dijalankannya telah dipalsukan.

Ia membabitkan hampir 20 kes pemalsuan yang melibatkan pekerja syarikat subkontraktor yang berurusan dengan kerajaan dan swasta. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat