ASUS VivoBook 15 K513, Komputer Riba Serba Lengkap Buat Para Pelajar Dengan Harga RM3,299

- Advertisement -

Sudah menjadi kriteria utama para pelajar memilih komputer riba yang nipis dan kompak setiap kali mahu mendapatkan komputer bagi tujuan pembelajaran dan produktiviti. Dalam pada itu, para pengguna seolah terpaksa akur dengan saiz besar sesetengah komputer riba apatah lagi melibatkan saiz skrin yang lebar.

Melihat kepada isu yang berlaku, ASUS tampil dengan sebuah lagi produk yang pada kami sangat kreatif dengan menawarkan komputer riba dengan saiz 15.6-inci namun dengan rekaan kompak. Malah, model ASUS VivoBook 15 K513 ini berjaya dinobatkan antara komputer riba terkecil dunia bagi kategori saiz skrin 15-inci.

Khas buat para pelajar dan generasi Z

ASUS VivoBook 14_15_Hearty Gold with a unique tinge of red finish

Disasarkan buat golongan pelajar serta anak muda yang kerap membawa komputer riba ke merata-rata tempat, ASUS Vivobook 15 K513 ini semestinya pilihan yang terbaik.

Penawaran saiz skrin meliputi 84% bahagian muka komputer riba antara yang membuatkan model ini tampil unik. Bukan itu sahaja, ASUS VivoBook 15 K513 turut tampil dengan saiz 15.6-inci serta beberapa warna menarik sekaligus membuatkan model ini tampil lebih ceria.

ASUS VivoBook 14_15_Dreamy white with sandblasted iridescent finish

TURUT MENJADI PILIHAN GOLONGAN PEKERJA YANG KERAP ON THE GO

Hadir dengan berat serendah 1.8kg, model ini ternyata bukan masalah buat para pelajar mahupun mereka yang kerap bekerja menggunakan komputer di merata-rata tempat untuk

Spesifikasi untuk kegunaan jangka masa yang panjang

ASUS K513

Mendapatkan komputer riba buat para pelajar pastinya ramai yang berharap model tersebut mampu digunakan untuk jangka masa yang panjang. Setidaknya, sepanjang tempoh pembelajaran berlangsung.

ASUS K513 ternyata faham dengan kehendak pelanggan dengan penyertaan spesifikasi yang sangat menarik serta releven untuk digunakan dalam jangka masa yang panjang.

Model ini dilengkapi dengan processor terbaru daripada Intel iaitu Core i5-1135G7 daripada generasi kesebelas, 8GB RAM DDR4 serta kad grafik MX350 2GB. Ruang storan SSD bersaiz 512GB pastinya memudahkan para pelajar untuk menyertakan segala dokumen dan data denga pantas. Ini yang dimahukan para pelajar bukan?

Dilengkapi ASUS Intelligent Performance Technology (AIPT)

Screen Shot 2020-12-14 at 5.12.37 PM

Sekiranya para pengguna mahukan lebih kuasa, ASUS sedia menawarkannya. Menerusi teknologi ASUS Intelligent Performance Technology (AIPT), para pengguna berpeluang mendapat lebih kuasa pemprosesan sehingga 40% bagi menjalankan aplikasi yang berat dengan kuasa yang efisien.

Penyertaan kipas aerodinamik IceBlades beserta gabungan kuasa 65-watt bukan sahaja menawarkan kuasa, malah para pengguna tidak mengalami komputer riba yang meragam dan panas menerusi teknolosi AIPT. Menarik bukan?

Menyokong aplikasi MyASUS

MyASUS merupakan sebuah aplikasi yang ditawarkan pada hampir kesemua platform merangkumi Windows, iOS dan juga Android. Menerusi aplikasi ini, para pengguna berpeluang mendaftar produk, berhubung dengan khidmat pelanggan dan serta menyemak kesihatan PC hanya melalui satu aplikasi yang sama.

Menariknya, aplikasi ini menawarkan sambungan secara nirwayar membolehkan penghantaran data yang pantas daripada telefon pintar kepada komputer riba dan juga sebaliknya.

Harga yang berbaloi

ASUS VivoBook 14_15 iii

Apabila membincangkan soal komputer riba buat para pelajar, sudah pastinya harga yang berbaloi antara yang menjadi keutamaan. Hadir dengan ciri-ciri yang menarik serta saiz yang kecil, ringan dan mudah dibawa, ASUS K513 sedia untuk didapatkan dengan harga RM3,299.

Tidak dilupakan juga spesifikasinya yang future proof membuatkan model ini sedia menemani para pelajar atau mereka yang kerap on the go untuk tempoh yang panjang.

ASUS VivoBook 14_15 ii

SEBANYAK TIGA WARNA DITAWARKAN BUAT PARA PENGGUNA

Apa tunggu lagi? ASUS K513 sedia untuk didapatkan menerusi Lazada dan Shopee. Anda juga boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model ASUS yang menjadi rebutan ramai ini.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat