Siapa juarai nasib rakyat, siapa mahu bolot kuasa? – Wan Saiful

- Advertisement -

Siapa juarai nasib rakyat, siapa mahu bolot kuasa? – Wan Saiful

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) menempelak dua ahli politik veteran yang didakwa sekian lama mengidam jawatan Perdana Menteri cuba mencipta krisis baru ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin bersungguh-sungguh menjaga kebajikan dan nasib rakyat.

Kritikan itu disuarakan oleh Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan di samping menambah ada juga pemimpin yang oportunis yang mengambil peluang membawa undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

“Saya faham ada ahli politik tertentu yang memang mahu merebut kuasa politik. Tetapi, sekarang bukan waktu untuk berkelakuan sebegitu dan saya yakin tindakan mereka bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh majoriti rakyat kini.

“Sepatutnya kita memerangi Covid-19 dengan mewujudkan kesatuan politik tentas parti (cross-partisan), bukan mencipta perpercahan untuk faedah peribadi, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Wan Saiful juga menegaskan bahawa, Perdana Menteri telah menunjukkan contoh terbaik dengan memberi fokus kepada menjaga nasib rakyat dan memastikan ekonomi negara dapat dibina dengan penuh integriti dan komitmen.

“Fokus ahli-ahli politik hari ini juga sepatutnya adalah kebajikan rakyat, bukan berebut jawatan atau sengaja merosakkan kestabilan dan ekonomi negara.
“Semua pihak sepatutnya menjaga kesatuan ummah yang wujud hari ini. Rakyat memerhati dan menilai orang politik mana yang mahu menjuarai naisb rakyat danorang politik mana yang membolot kuasa untuk menjaga diri sendiri,” ujarnya.

Beliau turut menambah, Bersatu menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong yang menasihati rakyat, khususnya ahli-ahli politik agar bermuhasabah supaya negara ini tidak sekali lagi diheret ke kancah politik yang tidak menentu.

Justeru, Wan Saiful menyeru, ahli-ahli Bersatu untuk terus mengambil langkah-langkah yang perlu untuk membina dan menjaga perpaduan ummah yang wujud hari ini.

“Kita tunjukkan contoh akhlak politik yang baik kerana rakyat sedang menilai adakah kita benar-benar mahu berkhidmat atau ada kepentingan lain.

“Sekiranya perpaduan ini rosak, yang akan mendapat manfaat hanyalah musuh politik kita,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat