UMNO Diminta Perincikan Syarat Baharu -Muhyiddin

- Advertisement -

PONTIAN: Perdana Menteri. Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta UMNO memperincikan dan menghantar surat berhubung syarat baharu kerjasama politik parti berkenaan dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Dato Seri Ahmad b Maslan, permintaan tersebut diminta oleh Perdana Menteri melalui Setiausaha Agung PBPM, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, semalam.

“Permintaan Perdana Menteri tersebut susulan sidang video  dengan Setiausaha Agung UMNO dan Bendahari Barisan Nasional (BN) sebagai wakil rasmi Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi yang berlangsung kemarin,

“Dalam tele-sidang video tersebut, saya dan Tengku Adnan mempericikan perjanjian atau syarat baharu kepada Perdana Menteri yang juga selaku Pengerusi Perikatan Nasional supaya ada penambahbaikkan baharu dalam hubungan persefahaman politik antara UMNO dan PN,” jelas Ahmad Maslan  selepas hadir di Majlis Penyampaian Bantuan kepada Mahasiswa/Siswi Parlimen Pontian di Dewan Muafakat Pusat Khidmat Benut, sebentar tadi.

Jelas Ahmad Maslan lagi, penghantaran surat itu akan ditangguhkan sehingga Majlis Tertinggi (MT) UMNO mengadakan mesyuarat pada hari selasa depan.

“Berkaitan perincian surat tersebut, beliau berkata, Presiden UMNO yang boleh mengumumkan perincian tersebut,” jawab beliau ketika ditanya.

Ahmad Maslan juga diminta mengulas kononnya UMNO mengenakan syarat atau tuntutan baharu itu sebagai ugutan politik, beliau menjelaskan ianya terpulang kepada pandangan masing-masing.

“UMNO mempunyai jumlah kerusi yang banyak, sepatutnya UMNO mendapat ruang yang sewajarnya dalam kerajaan PN,

“Kita buat tuntutan baharu ini selepas UMNO melihat perkembangan politik yang berlaku selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung pada 26 September lepas,” katanya lagi.

Sebelum ini, Mesyuarat Biro Politik UMNO yang diadakan pada 13 Oktober baru-baru ini, mempertimbangkan  untuk keluar dari Perikatan Nasional (PN) dan akan memberikan syarat baharu sekiranya ingin meneruskan kerjasama. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat