Perdana Menteri umum peruntukan RM16.83 bilion untuk Sabah dan Sarawak

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan pembangunan sebanyak 16.83 bilion kepada Sabah dan Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menurut Ismail Sabri peruntukan ini mencerminkan hasrat dan komitmen kerajaan untuk melihat kemakmuran negara ini dikongsi secara bersama.

“Ini adalah bukti komitmen tinggi kerajaan ke arah meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan penduduk di Sabah dan Sarawak. Dengan prinsip ‘Bekerja Bersama Rakyat’, kerajaan akan terus memberi fokus kepada penduduk di Sabah dan Sarawak, agar kemakmuran yang dikecapi pada hari ini dapat dinikmati secara saksama.”

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM4.66 bilion bagi negeri Sabah, dan RM4.47 bilion bagi negeri Sarawak melalui peruntukan pembangunan di bawah Rolling Plan 1 2021, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12), yang akan dibentangkan di Parlimen pada 27 September ini.

Selain itu, negeri Sabah diperuntukkan sebanyak RM3.61 bilion, dan Sarawak RM4.09 bilion bagi menaikkan prasarana tekomunikasi 5G dalam tempoh lima tahun ini (2021-2025) menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Ismail Sabri mengumumkan demikian ketika berucap dalam himpunan Sambutan Hari Malaysia 2021 yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah malam tadi.

Majlis malam tadi turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Haji Musa.

Dalam ucapan bertemakan Keluarga Malaysia itu, Perdana Menteri turut mmenyoroti lembaran sejarah pembentukan Malaysia mengambil yang masa hampir 27 bulan lamanya, bermula dari bulan Mei 1961 sehingga 16 September 1963.

“Pelbagai cabaran terpaksa ditempuh dalam membentuk Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan. Oleh itu, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah dan penghargaan terhadap usaha gigih tokoh pejuang, yang telah membebaskan Sabah dan Sarawak daripada penjajah.

“Nama-nama seperti Datu Mat Salleh, Tun Mohd Fuad Stephens, dan Tun Datu Mustapha Datu Harun merupakan tokoh pejuang yang gemilang dalam sejarah negeri Sabah, manakala Datu Patinggi Abang Ali, Temenggong Jugah dan Rentap adalah antara tokoh kemerdekaan Sarawak.”

Menurut Ismail Sabri, berharap rakyat mengambil iktibar semangat tokoh-tokoh pejuang ini dalam
perang melawan musuh yang tidak terlihat iaitu pandemik COVID19.

Dalam ucapan tersebut juga Perdana Menteri memberi jaminan akan terus mencari titik penyelesaian mengenai isu rakan setara atau ‘equal partners’ melalui Majlis Khas Perjanjian Malaysia (MA63).

“Kerajaan memberi jaminan untuk terus memperhalusi perkara-perkara yang perlu diselesaikan melalui rundingan, menerusi Majlis Khas MA63 yang dipengerusikan oleh saya sendiri, dan dianggotai
YAB Ketua Menteri Sabah, YAB Ketua Menteri Sarawak, serta lapan Menteri Persekutuan,” ucap Ismail Sabri.

Menurut Ismail, kerajaan komited dalam memberi perhatian terhadap isu yang berkaitan dengan pelbagai perkara penting bagi negeri Sabah dan Sarawak.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat