Pengunaan Kalimah Allah Cuma Terpakai Di Sarawak – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kebenaran penggunaan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama Kristian hanya terpakai di Sarawak dan bukan negeri-negeri lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu sudah dijelaskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa keputusan Mahkamah Tinggi berhubung perkara itu khusus dalam kes di Sarawak sahaja.

“Ini khusus dalam kes Sarawak, kita kena faham Sarawak dulu tidak terikat dengan keputusan negeri-negeri. Ia tidak boleh terpakai di Melaka, Pulau Pinang atau Selangor. Ini hanya khusus dalam kes di Sarawak yang sudah kita kalah awal.

“Kerana di Sarawak memang diputuskan oleh negeri itu sebegitu rupa, kita kena faham dengan penjelasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution,” katanya di Melaka pada Selasa.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh; Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin; Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Tan Sri Razarudin Hussain.

Semalam, media melaporkan, KDN dan Kerajaan Malaysia telah menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka.

Notis pemberhentian tersebut telah difailkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 18 April lalu.
Menurut notis berkenaan, KDN dan Kerajaan Malaysia tidak berniat untuk meneruskan rayuan yang difailkan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan tanpa sebarang perintah terhadap kos.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat