Konvensyen Kerajaan Perpaduan Jadi Asas Anwar Mampu Pimpin Negara 10 Tahun – Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semangat tinggi dan komitmen yang ditunjukkan semasa Konvensyen Kerajaan Perpaduan menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia.

Bahkan ia menjadi asas keyakinan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 bukan hanya untuk satu penggal lima tahun, tetapi dua penggal selama 10 tahun.

Veteran DAP Lim Kit Siang berkata? Konvensyen Kerajaan Perpaduan telah memberikan harapan untuk masa hadapan dan memberikan komitmen untuk memperbetulkan kesalahan dan kegagalan yang terjadi dalam enam dekad yang lepas.

“Sama ada untuk menetapkan semula dan mengembalikan negara kita kepada prinsip-prinsip yang diterapkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara (yang juga merangkumi tiga Perdana Menteri terawal negara yang juga merupakan Presiden Umno) untuk membina sebuah Malaysia majmuk, menjana semula ekonomi negara dan menghapuskan kemiskinan, memastikan terdapatnya tadbir urus yang baik dan meningkatkan usaha untuk membanteras rasuah, menegakkan kedaulatan undang-undang dan badan kehakiman yang bebas, dan yang paling penting sekali, untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum, agama, budaya, dan negeri di dalam negara untuk menjadi contoh “Perpaduan dari Kepelbagaian” kepada dunia.

“Konvensyen Kerajaan Perpaduan ini juga telah menamatkan semua desas desus baru-baru ini mengenai kejatuhan yang akan datang, dan seperti dalam cabaran yang diulangi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, semalam, pihak pembangkang Perikatan Nasional (PN) berhak untuk membawa usul tidak percaya terhadap Kerajaan Perpaduan dalam sidang Parlimen yang akan datang sekiranya mereka mempunyai cukup bilang,” kata Kit Siang dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau dengan kejayaan Konvensyen Kerajaan Perpaduan pada Ahad, Kerajaan Perpaduan ini sepatutnya akan berjaya untuk melepasi ujiannya yang akan datang.

“Antaranya sidang Parlimen selama tiga minggu yang bakal bermula dalam masa seminggu lagi untuk terus mengekalkan harapan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Bahawa kita ada peluang untuk menetapkan semula dan mengembalikan negara kita kepada prinsip-prinsip yang dipersetujui bersama oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara — untuk menjadi sebuah negara Malaysia yang bersatu padu, progresif, dan makmur yang mampu menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

“Ujian seterusnya pula akan datang dalam bentuk pilihan raya umum di enam negeri Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang bakal berlangsung pada bulan Julai atau Ogos,” katanya.

Walaupun pilihan raya ini diadakan di peringkat negeri, Kit Siang menambah pilihan raya ini akan menjadi ujian yang penting untuk menentukan sama ada rakyat di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu menyokong usaha untuk menetapkan semula dan mengembalikan semula negara kita kepada prinsip-prinsip asas pembinaan negara majmuk Malaysia.

“… yang akan melibatkan penyelesaian kepada isu yang telah lama berlarutan seperti kualiti air yang teruk, jalan yang sempit dan berlubang, sampah sarap yang tidak dikutip di Kelantan dan juga isu pembangunan yang perlahan dalam tiga dekad yang lepas di tiga negeri Kedah, Kelantan, dan Terengganu,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat