Mahathir Tak Setuju Sapura Energy Diselamatkan

- Advertisement -

LANGKAWI – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan gesaan supaya kerajaan menyelamatkan Sapura Energy Bhd (Sapura Energy) yang berdepan masalah kewangan.

Sebaliknya, beliau menegaskan usaha mesti diambil untuk mengurangkan kerugian ditanggung oleh Sapura Energy yang pernah menjadi syarikat perkhidmatan minyak dan gas (O&G) kedua terbesar dunia.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Sapura Energy sudah menerima pelaburan besar daripada institusi pelaburan milik awam dengan objektif untuk mengaut keuntungan.

“Sapura Energy berkembang dengan begitu pantas, kita tidak tahu dengan tepat bagaimana mereka mengalami kerugian yang begitu besar, sehingga menyebabkan pelabur akan mengalami kerugian,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya kerajaan mengambil tindakan ‘bailout’ atau menyelamatkan Sapura Energy memandangkan syarikat itu dimiliki rakyat Malaysia.

Melalui Debat Perdana bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Selasa lalu, Najib yang juga bekas Menteri Kewangan berkata kegagalan kerajaan memutuskan perkara itu sehingga 10 Jun ini boleh menyebabkan Sapura Energy diisytihar bankrap.

Najib memaklumkan Sapura Energy kini dimiliki semua rakyat Malaysia memandangkan Perbadanan Nasional Bhd (PNB) yang dimiliki kerajaan memegang 40 peratus saham dalam syarikat terbabit.

PNB menguruskan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) yang mana 10.6 juta rakyat Malaysia melabur di dalamnya.

Pada 2019, kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH) menukar status Sapura Energy kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melalui perolehan 40 peratus saham oleh PNB.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan mencadangkan supaya Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) mengambil alih Sapura Energy memandangkan syarikat itu memiliki kepakaran untuk mengendalikan syarikat berkenaan, yang mana tindakan sama pernah diambil di Amerika Syarikat (AS) dan Itali.

Bagaimanapun, Anwar yang juga Presiden PKR mempersoalkan tindakan itu, sebaliknya menekankan kerajaan seharusnya melancarkan audit forensik untuk mengenal pasti punca masalah kewangan dihadapi Sapura Energy. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat