PN Mahu Kerajaan Sendiri, Tiada Mandat Kepada Takiyuddin Runding Dengan BN – Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk menang dan menubuhkan kerajaan tanpa perlu bergabung dengan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan beliau tidak pernah memberi mandat kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, untuk berunding dengan BN bagi sebarang tujuan penggabungan pasca PRU15.

“Tujuan PN bertanding dalam PRU15 adalah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau PH.

“Sebagai Pengerusi PN, saya tidak pernah memberi mandat kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS, untuk berunding dengan BN bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU15.

“Saya berdoa dengan izin Allah SWT dan sokongan padu rakyat, PN akan memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dan negeri yang terbabit dalam PRU15,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Muhyiddin itu menyusul selepas Takiyuddin yang mendakwa dia yakin PN dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain, terutama BN selepas PRU15.

“Saya yakin kita dapat bentuk Kerajaan Persekutuan sama ada kita sendiri atau gabungan dengan pihak lain, termasuk BN. Apa yang pasti kita tidak menerima Pakatan Harapan (PH) walaupun perlu gabungan.

“Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang ada menyebut sekiranya kita tidak boleh bergabung sebelum PRU15, mungkin selepas (PRU15) kita boleh wujudkan hubungan itu.

“Rujukan pertama kita adalah BN, bagaimanapun sebarang perbincangan belum dibuat sepanjang tempoh berkempen ini namun saya yakin BN akan terima. Perbincangan dulu sudah ada, namun ketika kita tidak bersama pun kita ada maklum mungkin kita boleh bersama selepas PRU15,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat