PAS Tolak Pendirian Pihak Isytihar Parti Melayu Islam Sebagai Musuh Utama – Takiyuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA – PAS menegaskan tidak boleh menerima pendirian mana-mana pihak yang melabelkan kumpulan Melayu Islam yang lain sebagai musuh utama, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Dalam satu kenyataan hari ini, Takiyuddin menegaskan pendirian sebegitu tidak dapat diterima apatah lagi melibatkan kedudukan dan kuasa orang Islam dalam pemerintahan sesebuah negara yang majoritinya terdiri dari umat Islam seperti Malaysia.

“Kenyataan seumpama itu lebih-lebih lagi dilihat tidak wajar dan janggal sekiranya pihak yang dilabelkan sebagai musuh utama tersebut adalah rakan muafakat dalam Kerajaan yang dipimpin bersama.

“Pas sentiasa yakin hanya dengan perpaduan di antara parti-parti utama Melayu-Islam dalam negara ini sahaja dapat menjamin terbentuknya sebuah pemerintahan yang stabil, adil dan berkebajikan kepada semua rakyat pelbagai kaum, agama, bangsa dan budaya,” katanya.

Dalam kenyataan itu juga Takiyuddin menyeru semua pemimpin dan ahli PAS diminta akur dan wala’ kepada arahan Mursyidul Am Hashim Jasin untuk merealisasikan apa yang disifatkan sebagai agenda penyatuan ummah.

“PAS sentiasa komited untuk melaksanakan segala usaha ke arah mencapai hasrat penyatuan ummah terutamanya di kalangan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam berteraskan Ayat 10 Surah al-Hujurat,” katanya lagi.

Kenyataan ini dikeluarkan dua hari selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Barisan Nasional (BN) adalah musuh utama gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Kenyataan Muhyiddin itu dilihat bercanggah dengan PAS yang meletakkan Pakatan Harapan (PH) sebagai musuh utama, manakala BN adalah rakan kerjasama mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat