Ilham Centre, O2 Nafi Keluar Dapatan Pecahan Kerusi Parti Bertanding PRU-15

- Advertisement -

CYBERJAYA – Badan penyelidik, Ilham Centre dan O2 Research Malaysia (O2) menafikan sebaran poster berkaitan bilangan pecahan kerusi yang bakal dimenangi parti-parti politk yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Dalam kenyataan media, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar memberitahu, pihaknya belum mengeluarkan sebarang laporan akhir berkaitan kajian mereka di lapangan.

Sehubungan itu, katanya, sebarang sebarang mengenai Ilham Centre hanya akan dimaklumkan melalui laman rasmi mereka.

“Pihak kami belum mengeluarkan sebarang laporan akhir berkaitan cerapan lapangan pada waktu ini.

“Segala sebaran daripada Ilham Centre hanya akan dimaklumkan secara rasmi melalui laman rasmi Ilham Centre dan akan dipanjangkan kepada media pada 18 November 2022 nanti,” katanya.

Bagi O2 Malaysia pula, badan itu menegaskan, sehingga hari ini pihaknya tidak mengeluarkan sebarang dapatan berkaitan unjuran jumlah kerusi yang dimenangi setiap parti.

“Adalah difahamkan bahawa terdapat penyebaran dapatan yang disandarkan atas nama “O2” berhubung jumlah kerusi Parlimen yang dijangkakan dimenangi oleh parti-parti politik yang bertanding pada PRU-15.

“Hingga setakat ini, O2 Research tidak mengeluarkan sebarang dapatan berhubung unjuran jumlah kerusi kemenangan bagi setiap parti,” kata kenyataan medianya hari ini.

Awal hari ini, satu poster bertajuk Electoral Barometer Forecast tersebar di grup WhatsApp yang menyenaraikan kira-kira 18 badan penyelidikan termasuk Ilham Centre, O2 dan Merdeka Center menunjukkan indikator semasa kedudukan mengikut parti.

Berdasarkan poster yang tular itu, bilangan kedudukan kerusi setakat jam 6 pagi menunjukkan BN memiliki sekitar 32 hingga 42 kerusi, Perikatan Nasional (PN), 35 hingga 60 kerusi dan Pakatan Harapan (PH), 84 hingga 108 kerusi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat