Warisan, PH Sepatutnya Bersyukur PAS Tak Tanding PRN Sabah – Tuan Ibrahim

- Advertisement -

HULU LANGAT – Warisan dan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya bersyukur kerana Pas tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah.

Malah, mereka sepatutnya ‘sujud syukur’ di atas pengorbanan Pas yang hanya memberikan sokongan kepada rakan dalam Muafakat Nasional, (Barisan Nasional) untuk bertanding pada PRN berkenaan.

Pandangan itu dilontarkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man apabila melahirkan kehairanan terhadap sikap pemimpin Warisan dan PH yang cuba memperkecilkan Pas apabila tidak bertanding pada PRN di Sabah.

Tuan Ibrahim mendakwa, Warisan dan PH hanya mahu melihat berlakunya pecah undi sekiranya Pas bertanding di PRN berkenaan dan perkara itu sememangnya diharapkan oleh mereka.

“Pembangkang (PH) memang suruh kita masuk supaya pecah undi. Sepatutnya sebagai pembangkang bila Pas tak masuk (tidak bertanding) dia kena bersyukur sebab undi dia tu.

“Tapi kenapa pembangkang (PH, Warisan) marah sangat bila Pas tak bertanding, sebab dia gagal memecahkan undi (PN, BN) sebab tu dia marah.

“Sebab tu pembangkang bila Pas tak masuk dia kena sujud syukur,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjuan di Kampung Felcra semungkis, di sini hari ini.

Menurut Tuan Ibrahim, Pas akan sentiasa bersolidariti dengan rakan sekutunya di dalam Muafakat Nasional untuk saling membantu bagi mencapai kemenangan dalam apa jua pilihan raya dan perkara itu akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU).

“Walaupun Pas tak bertanding tapi dalam Muafakat Nasional kita bantu kawan-kawan kita.

“Waktu susah kita kena tolong. Bagi kita yang penting adalah kita kena beri solidariti bersama dalam menghadapi cabaran pilihan raya, itu yang kita lakukan.

“Walaupun ada 10 pilihan raya kecil, Pas tak bertanding tapi kita turun macam biasa berkempen. Di Sabah juga kita akan turunkan jentera,” ujarnya.

Sementara itu, ketika diminta memberikan pandangan mengenai peletakan jawatan Datuk Husam Musa sebagai Naib Presiden Amanah, Tuan Ibrahim berkata, itu hak beliau untuk membuat keputusan yang berkait dengan partinya.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menyatakan, Pas sentiasa terbuka sekiranya Husam mahu menyertai kembali parti itu pada bila-bila masa.

“Itu urusan dalaman parti Amanahlah. Tapi Pas sentiasa terbuka untuk mana-mana pihak. Kalau rasa tak selesa dengan yang lain, join kita tiada masalah,” katanya.

Husam pernah menjadi Naib Presiden Pas sebelum dipecat daripada parti pada 2016 dan kemudian mengumumkan menyertai Amanah. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat