Khalid Jamlus Terharu Sultan Selangor Beli Kasut Emas Miliknya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Bekas pemain bola sepak kebangsaan Khalid Jamlus berasa terharu dengan Sultan Selangor yang sanggup membeli trofi ‘kasut emas’ yang dimenanginya 18 tahun lalu.

Khalid berkata, walaupun menyertai Selangor dalam tempoh yang singkat, namun Sultan Sharafuddin Idris Shah masih menghargai jasanya semasa bermain untuk pasukan negeri itu.

“Ampun tuanku, walaupun perjuangan saya bersama Selangor tak begitu lama tetapi tuanku masih menghargai jasa saya bersama Selangor dan juga kebangsaan…cukup terharu,” catatnya di Facebook.

Bekas penyerang asal Perak itu pernah menyertai pasukan Selangor sekitar tahun 2005 hingga 2006 sebelum menyertai semula pasukan negeri kelahirannya.

Sultan Sharafuddin semalam berkenan membeli trofi itu pada satu nilai yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Trofi itu kemudian diletakkan di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor yang terletak di perkarangan Istana Alam Shah di Klang.

Akibat tiada pekerjaan tetap selama tiga tahun, Khalid, 43, sebelum ini terpaksa melelong trofi yang dimenanginya ketika bermain dengan Perak dalam sesi ‘Facebook Live’.

Beberapa pingat dan jersi miliknya turut dilelong demi kelangsungan hidup. – MalayMail

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat