Kota Kinabatangan Akan Terima Tumpuan Dalam Bidang Pelancongan

- Advertisement -

KG BILIT: Industri pelancongan di Kota Kinabatangan amnya dan Sukau khasnya, akan menerima perhatian khas sekiranya BN berjaya membentuk kerajaan negeri pada 26hb September nanti kata Ahli Parlimennya, Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika berucap di hadapan pengundi di kawasan Kg Bilit ini.

Beliau yang turut bertanding di DUN Lamag dalam pilihanraya negeri kali ini menjelaskan, kawasan Sukau sebenarnya mempunyai banyak tempat tumpuan pelancongan menarik yang jarang diketengahkan.

Antaranya Gua Gomantong yang sangat sesuai untuk peminat aktiviti sukan lasak dan pencinta alam sekitar, selain sepanjang tepi Sg Kinabatangan itu pun mempunyai tarikannya yang tersendiri terutama dari segi panoramanya.

N7037

Peluang ini jika diteroka sebaiknya, akan turut membantu pengusaha bot tempatan berikutan perjalanan dari bandar Sandakan ke Sukau yang hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Berbanding lebih 2 jam kalau menggunakan jalan darat

Selain pelancongan, fokus juga akan diberikan kepada sektor pertanian dan sektor-sektor lain yang difikirkan sesuai.

Semua ini kata Bung Moktar, bertujuan menyediakan peluang ekonomi di kawasan berkenaan, terutama sekali untuk golongan muda.

Bung Moktar turut menarik perhatian pengundi yang hadir, sekiranya BN berjaya memenangi banyak kerusi dalam pilihanraya negeri termasuk di Sukau, ADUN di kawasan itu sudah pasti akan mempunyai tempat dalam kerajaan negeri, seterusnya memudahkan beliau untuk membantu masyarakat di kawasan berkenaan.

Untuk DUN Sukau, BN telah mencalonkan Datuk Jafry Hj Ariffin yang merupakan anak jati kawasan ini, merangkap Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kinabatangan – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat