Mukhriz Persoal Keputusan Bersatu Sertai Muafakat Nasional

- Advertisement -

TANJUNG MALIM – Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu/PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mempersoalkan keputusan bekas partinya untuk menyertai Muafakat Nasional (MN).

Mukhriz berkata tindakan Bersatu itu luar biasa dan mempersoalkan sama ada Bersatu sebagai adik bongsu dalam MN akan dibenarkan menjadi pengerusi gabungan itu.

“Hari ini diberitahu pula Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili Bersatu sebagai presiden bersetuju menyertai MN. Jadi ini satu perkara yang luar biasa kerana biasanya Perdana Menteri itu, pengerusi kepada gabungan yang terbesar.

“Tetapi saya tak tahu adakah MN akan setuju mengangkat beliau sebagai Pengerusi MN kerana Bersatu adalah adik bongsu dalam MN jika diterima masuk,” katanya, dipetik dari laporan Utusan Online.

Muhyiddin hari ini dalam amanatnya kepada ahli Bersatu sempena persidangan ARMADA, Srikandi dan bahagian seluruh negara mengumumkan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu setuju untuk menyertai MN.

“​MPT Bersatu juga telah bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional yang mendokong Perikatan Nasional sebagai gabungan besar atau the grand coalition.

“Kita memilih untuk berada dalam satu jemaah besar (MN) yang menghimpunkan parti-parti utama di negara kita.

“InsyaAllah, penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Dengan terbentuknya penyatuan antara Bersatu, UMNO, PAS dan parti-parti lain dalam kerajaan Perikatan Nasional, sebahagian besar sokongan rakyat sudah berada di pihak kita,” kata Muhyiddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat