Mukhriz Presiden Parti Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dinamakan sebagai presiden interim parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Dr Mahathir, buat masa ini parti baharunya itu belum mempunyai nama dan ia bergantung kepada kelulusan Pendaftar Pertubuhan.

Katanya, parti baharu itu berasaskan Melayu dan bumiputera.

“Prinsip parti ini adalah untuk menentang kleptokrasi dan menghapuskan rasuah,” katanya pada sidang media pengumuman penubuhan parti baharu itu.

Dr Mahathir juga mengumumkan parti baharunya itu tidak akan menyertai mana-mana gabungan untuk menyertai pilihanraya umum akan datang.

“Kami adalah bebas, tidak terikat dengan mana-mana gabungan,” katanya.

Dr Mahathir sebelum ini merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebelum keahliannya digugurkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat