Muafakat Nasional Tunggu Surat Jawapan Rasmi Bersatu – Ahmad Zahid

- Advertisement -

SLIM RIVER – Muafakat Nasional (MN) masih menunggu surat jawapan rasmi daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung kesediaan menyertai kerjasama politik itu, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Zahid mengesahkan mesyuarat Jawatankuasa Muafakat Nasional telah menerima keputusan untuk menjemput Bersatu menyertai kerjasama itu.

Menurut Zahid jawatankuasa itu dipengerusikan bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Ya saya ingin mengesahkan bahawa dalam mesyuarat Muafakat Nasional perkara itu telah diterima sebagai keputusan untuk menjemput Bersatu.

“Namun kita sedang menunggu surat balasan daripada mereka (Bersatu) dan serahkan seluruhnya kepada jawatankuasa Muafakat Nasional untuk memurnikan apa juga kedudukan apabila kini tiga pihak bersama-sama mendokong kerjasama ini.

“Jawatankuasa yang dipengerusikan bersama oleh timbalan presiden UMNO dan timbalan presiden Pas telah mengambil jalan yang terbaik untuk memurnikan keadaan atas nama perkongsian politik,” katanya selepas melancarkan jentera pemuda Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Felda Residence, Trolak pada Sabtu.

Beliau berharap kerjasama ketiga-tiga parti itu akan memberi keberhasilan yang optimum pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Pada Sabtu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai MN, sebuah gabungan kerjasama politik yang diasaskan oleh UMNO dan Pas.

Muhyiddin mengumumkan perkara berkenaan ketika menyampaikan perutusan sempena persidangan Armada, Srikandi dan Bahagian Bersatu yang disiarkan di Facebook.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat