Huawei: Pentagon Dapat Pengecualian Sementara Dari Pentadbiran Trump

- Advertisement -

WASHINGTON – Pentadbiran Trump memberikan Pentagon pengecualian sementara kerajaan Amerika terhadap kontraktor yang menggunakan produk Huawei dan peralatan telekomunikasi buatan China yang lain, menurut memo yang diperoleh oleh Defense News.

Langkah itu menawarkan penangguhan sehingga 30 September, bagi syarikat yang menjalankan perniagaan dengan Jabatan Pertahanan.

Syarikat-syarikat tersebut adalah antara mereka yang masih terpengaruh dari kesan ekonomi dari wabak koronavirus dan yang melobi lebih banyak masa untuk mematuhi peraturan baru yang luas.

Pengecualian asal akan berkuatkuasa pada 13 Ogos. Pentadbiran Trump telah menyelesaikan beberapa peraturan yang melarang pemberian kontrak kerajaan keoada syarikat yang antara rantai pembekalannya, mengandungi produk dari lima syarikat China termasuk Huawei, seperti yang dimandatkan di bawah Seksyen 889 Akta Kebenaran Pertahanan Nasional 2019.

Pentadbiran Trump, yang menghadapi sejumlah masalah perdagangan dengan China , telah menganggap Huawei sebagai ancaman pengintipan kepada Amerika.

Mengambil kira kepentingan keselamatan negara A.S., Pengarah Perisikan Nasional John Ratcliffe memberi Pentagon pengecualian sementara untuk menilai permintaan pengecualian yang lebih luas dari Jabatan Pertahanan. Tindakan itu dilakukan dalam memo kepada Setiausaha Pertahanan Bawah untuk Perolehan dan Pengekalan, Ellen Lord.

Kontraktor Pentagon sebelumnya bingung tanpa peraturan pemerolehan sementara itu, dimana agensi berkenaan tidak dapat memberikan kontrak baru, pesanan tugas atau mengubah kontrak yang ada kepada mana-mana vendor yang tidak dapat mengesahkan bahawa mereka tidak menggunakan produk keluaran syarikat China seperti ZTE dan Huawei – kesemuanya adalah peneraju dalam teknologi 5G, lapor Federal News Network minggu ini – Defense News

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat