Dinosaur Pernah Hidup Di Kelantan?

Bersahabat Biar Jujur, Ketua Armada Bersatu Jangan Melampau, Kata Dr Asyraf

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk kerajaan Pusat dan kerajaan...

Shafie Apdal Kunci Mulut, Enggan Ulas Pelantikan Hajiji Sebagai KM Sabah

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengunci mulutnya daripada mengulas panjang mengenai perkembangan politik terkini di negeri...

Jangan Hanya Berpolitik, Sekarang Masa Selesai Masalah Rakyat – Bung Moktar

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu semua pihak dan kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini melaksanakan tugas dengan baik. Tegas...

Ujian Covid-19 Negatif Tetap Perlu Patuh Arahan Kuarantin – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menasihatkan golongan berisiko menjalani kuarantin selama 14 hari bagi mengelak penyebaran Covid-19. Jelas Asyraf, ia...

Kes Bekas Peguam Negara Saman Lim Kit Siang RM10 Juta Bermula April Depan

KUALA LUMPUR - Pendengaran saman bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali, terhadap pemimpin DAP, Lim Kit Siang ditetapkan selama 5 hari bermula 5 April...

KOTA BHARU: Pasukan penyelidik Jabatan Geosains, Fakulti Sains Bumi (FSB), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menemukan kesan tapak kaki dinosaur dipercayai daripada kumpulan spesies Sauropod berusia 145,000 tahun hingga 66 juta tahun di Bukit Panau, Tanah Merah.

Penemuan fosil tersebut adalah hasil kajian eksplorasi geosains pasukan penyelidik UMK yang diketuai pensyarah FSB, Arham Muchtar Achmad Bahar, Prof Surono Martosuwito, Prof Udi Hartono dan dibantu oleh Mohd Syakir Sulaiman.

Arham Muchtar berkata aktiviti dan penyelidikan itu bermula pada Mei 2017 dan berjaya menemukan fosil tapak dan laluan trek dinosaur dari subkumpulan Sauropod.

“Lanjutan daripada penemuan itu, kami telah menerbitkan jurnal ilmiah bertajuk “The Saurapod Dinosaur Trackways from Tanah Merah, Kelantan, (Jejak Dinosaur Saurapod dari Tanah Merah, Kelantan) sempena penganjuran Conference on Tropical Resources and Sustainable Sciences (CTRESS) 2.0 (Persidangan Sumber Tropika dan Sains Lestari 2.0) secara dalam talian pada 10 dan 11 Ogos lalu.

“Penemuan ini membuktikan bahawa satu masa dahulu, dijangka antara 160 hingga 66 juta tahun yang lepas, dinosaur pernah hidup di lokasi yang sekarang kita kenal sebagai Tanah Merah, Kelantan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Arham Muchtar berkata penemuan itu juga merupakan antara penemuan daripada penemuan lain hasil aktiviti eksplorasi dan penyelidikan yang dilaksanakan pihaknya di Kelantan.

Beliau berkata penemuan itu membabitkan tujuh tapak kaki fosil spesies Sauropod berukuran purata 72 sentimeter (sm) panjang dan lebar dengan purata 66sm yang tercetak di atas Batu Pasir Kuarsa dari Formasi Panau seluas 60 meter persegi.

“Fosil Sauropod yang ditemukan itu berusia antara 65 hingga 160 juta tahun lepas iaitu pada kala Jura akhir sehingga Kapur awal dan ia adalah sejenis reptilia berkaki empat daripada spesies herbivor iaitu hidupan yang memakan tumbuh-tumbuhan.

“Berdasarkan bukti tapak kaki haiwan ini dahulu memiliki tubuh yang besar dengan tulang belakang setinggi sembilan meter, panjang sehingga 22 meter dan berat sekitar 30 sehingga 40 tan. Spesies dinosaur ini juga dikenali sebagai haiwan terbesar yang pernah hidup di muka bumi ini,” katanya.

Beliau berkata kejayaan ini amat bermakna bagi UMK terutamanya dengan penubuhan Jabatan Geosains, Fakulti Sains Bumi yang menjalankan penyelidikan ke atas hidupan dinosaur ini.

“Para penyelidik telah menghabiskan masa lebih 10,000 jam menyiasat dan menjejak dinosaur di Kelantan dan kesan trek yang dijumpai turut mendapat pengesahan daripada pakar dinosaur dunia yang berasal dari Jepun.

“Kewujudan dinosaur di Bukit Panau ini juga sudah dijangka oleh banyak ahli geologi berdasarkan keadaan geologi yang dapat dikaitkan dengan beberapa kawasan di selatan Thailand yang turut mengandungi fosil dinosaur,” katanya.

Beliau turut berharap dalam masa terdekat semua pihak dapat memberi kerjasama yang positif bagi meneruskan kajian ini dan pihaknya percaya masih ada beberapa lagi jenis fosil dinosaur yang masih tersimpan dalam batuan di Bukit Panau.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Ujian Covid-19 Negatif Tetap Perlu Patuh Arahan Kuarantin – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menasihatkan golongan berisiko menjalani kuarantin selama 14 hari bagi mengelak penyebaran Covid-19. Jelas Asyraf, ia...

Kes Bekas Peguam Negara Saman Lim Kit Siang RM10 Juta Bermula April Depan

KUALA LUMPUR - Pendengaran saman bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali, terhadap pemimpin DAP, Lim Kit Siang ditetapkan selama 5 hari bermula 5 April...

Covid-19: Empat Daerah Di Sabah Dikenakan PKPD Bersasar

KUALA LUMPUR — Empat daerah di Sabah iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran berkuat...