Covid-19: Korea Utara Tarik Perintah Berkurung, Enggan Terima Bantuan Luar

- Advertisement -

PYONGYANG: Pemerintah Korea utara, Kim Jong Un, menarik balik perintah berkurung bagi menyekat penyebaran Covid-19 di bandar sempadan dengan Korea Selatan semalam, dimana beribu orang terjejas selama berminggu-minggu.

Semasa mesyuarat parti pemerintah pada Khamis, Kim menegaskan bahawa sempadan negara itu akan terus ditutup, menolak sebarang bantuan luar bagi melawan virus tersebut sebaliknya berusaha sendiri dan meneruskan pembinaan rumah, jalanraya yang terjejas akibat kejadian banjir baru-baru ini.

Dalam mesyuarat sama, Kim turut menggantikan Perdana Menteri negara itu Kim Jae Ryong dengan Kim Tok Hin.

Kim berkata negaranya kini berhadapan dengan cabaran berganda, selain wabak Covid-19, turut mengalami kejadian banjir yang memusnahkan negaranya sejak beberapa minggu lepas.

Agensi berita rasmi negara itu, KCNA berkata, 39.296 hektar (97.100 ekar) tanaman musnah di seluruh negara dan 16.680 rumah dan 630 bangunan awam musnah atau banjir.

Ia menambah banyak jalan, jambatan dan bahagian keretapi rosak dan empangan, serta stesen janakuasa yang tidak ditentukan keadaannya. Bagaimanapun, tidak ada maklumat berkaitan dengan kecederaan atau kematian akibat dari banjir tersebut – AL Jazeera.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat