Anak Felda Antara Yang Disebut Calon BN Di PRK DUN Chini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Walaupun Pakatan Harapan (PH) telah mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, namun bahang semakin terasa.

Ia ekoran calon Barisan Nasional (BN) masih menjadi teka-teki sehingga kini.

Ada yang mencadangkan agar untuk pilihanraya kali ini BN wajar mempertaruhkan Datuk Mohd Nizar Mohd Najib sebagai calon.

Sebagai anak kepada seorang bekas perdana menteri, Mohd Nizar wajar diberikan peluang.

Namun dari satu sudut lain pula, ada yang berpendapat Umno/BN perlu keluar dari zon selesa bagi membuktikan parti itu benar-benar terbuka kepada semua dan serius untuk menambat semula hati rakyat.

Atas alasan itu, Mohd Syumaimi Rameli yang merupakan anak peneroka Felda Chini Timur 2 antara muka baru yang disebut-sebut wajar diberikan peluang mewakili BN dalam pilihanraya kecil untuk kali ini.

Selain mempunyai pengalaman yang luas dalam menguruskan beberapa syarikat korporat, Mohd Syumaimi dilihat mampu menepis pandangan serong masyarakat kononnya Umno hanya untuk ‘golongan dan kelompok’ tertentu sahaja.

Mohd Syumaimi, 40 tahun, mendapat pendidikan awal di SK LKTP Chini Timur 1 sebelum meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Agama (SMA) Bukit Ibam, Muadzam Shah, Pahang.

Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Hons) Sains Komputer (Rangkaian), Universiti Teknikal Malaysia Melaka pada tahun 2005 itu pernah bertugas sebagai Ketua Unit Inovasi dan Transformasi, ibu pejabat Felda pada 2010 dan meneruskan perkhidmatan bersama Felda hingga 2015.

Selain itu beliau turut mempunyai pengalaman yang luas dalam pengurusan korporat dan beberapa buah syarikat korporat.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan di Pekan Dairy Farm Sdn Bhd dan dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan di DSN Capital Sdn Bhd dari tahun 2015 hingga 2018.

Terkini Mohd Syumaimi memegang jawatan sebagai Pengarah Pembangunan Perniagaan di Vista Group dan turut menerajui beberapa syarikat korporat lain.

Di dalam bidang politik pula, bapa kepada 3 cahaya mata itu merupakan Setiausaha, Sekretariat Pembela Warga Felda dan Pekebun Kecil Pergerakan Pemuda Umno Malaysia

Beliau juga terlibat secara aktif melalui beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Antaranya sebagai Ketua Penerangan Pertubuhan Kebajikan Warga Felda Malaysia.

Mohd Syumaimi turut aktif sebagai pemimpin belia Felda iaitu Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) sejak 2010, sebuah gabungan organisasi belia yang berada di seluruh 317 buah tanah rancangan Felda seluruh negara.

Antara jawatan beliau dalam MBFM ialah sebagai pengerusi MBFM negeri Pahang dan Timbalan Presiden MBFM kebangsaan.

Malah tinjauan yang dilakukan turut mendapati Mohd Syuhaimi mudah untuk didampingi oleh pelbagai lapisan masyarakat terutamanya warga Felda.

DUN Chini memerlukan sentuhan pemimpin anak Felda bagi meneruskan kesinambungan perkhidmatan penyandang terdahulu yang merupakan warga Felda dalam Chini.

Tambahan pula, DUN Chini mempunyai lebih lapan puluh peratus pengundi Felda iaitu 17,379 orang pengundi Felda daripada 21,085 pengundi berdaftar keseluruhan DUN Chini.

Pengalaman luas dan hubungan beliau dengan organisasi serta pegawai-pegawai Felda akan menjadikan beliau antara pilihan terbaik bagi diletakkan sebagai calon mewakili warga Chini.

Beliau turut pernah menjadi anggota Jawatankuasa Perunding Peneroka Kebangsaan (JKPP) iaitu jawatankuasa tertinggi Felda yang menjadi penasihat Felda. Selain itu beliau turut pernah menjadi anggota lembaga Felda United FC.

Kebetulan, perkhidmatan beliau dalam organisasi atau NGO Felda adalah ketika arwah Datuk Seri Abu Bakar Harun berkhidmat sebagai wakil rakyat kawasan DUN Chini. Beliau sememangnya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan arwah Datuk Seri Abu Bakar Harun.

Kini Mohd Syumaimi banyak meluangkan masa bersama program dakwah dan keagamaan yang melibatkan ulama-ulama antarabangsa yang mengunjungi negara ini.

DUN Chini sesuai meletakkan calon anak tempatan ini atas pengalaman beliau, profesional, berpendidikan, merupakan aktivis belia serta pencinta ulama dan ahlul-bait.

PRK DUN Chini diadakan susulan kematian Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas di Bangsar, 7 Mei lalu.

Ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018, Allahyarham selaku wakil BN mempertahankan kerusi disandangnya dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan PKR untuk tidak meletakkan calon untuk pilihanraya kali ini berikutan kerisauan terhadap aspek keselamatan pengundi berikutan penularan wabak Covid-19.

Beliau berkata, PKR berpandangan prosedur operasi standard (SOP) yang akan diumumkan berkaitan perjalanan PRK itu, akan memberi kesan pada cara berkempen dan gerak kerja penting dalam pilihan raya.

Berdasarkan keputusan PRU-14, BN yang menjalin kerjasama erat dengan PAS dalam Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) mendapat sokongan pengundi.

PAS tidak meletakkan calon kerana memberi sokongan kepada calon BN daripada UMNO.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat