Bulan Di Planet Zuhal Semakin Jauh

- Advertisement -

TITAN, bulan terbesar planet Zuhal didapati semakin jauh ratusan kali lebih pantas dari planet berkenaan, menurut kajian terbaru.

Ia bukan sahaja satu-satunya bulan yang semakin jauh dari planet asal malah bulan kita sendiri pun semakin jauh sebanyak 1.5 inci setiap tahun dari bumi.

Ini disebabkan oleh tarikan graviti bulan telah menyebabkan lonjakan sementara di planet ini. Tenaga itu mendorong bulan semakin menjauh.

Data yang dikutip NASA dari misi Cassini sebelum ini mendapati, kadar peralihan Titan dari Zuhal ialah sebanyak 4 inci setahun.

Zuhal merupakan planet kedua terbesar dalam sistem solar. Dianggarkan Zuhal terbentuk lebih 4.6 billion tahun yang dulu sekalipun saintis tidak dapat memastikan bila gelungan di luar planet tersebut terbentuk.

Termasuk Titan, Zuhal mempunyai 80 buah bulan yang mengelilingi planet berkenaan – CNN

– Terjemahan: SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat