Anthony jawab sindiran menteri sibuk jual nombor plat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke tampil menjelaskan usaha-usaha kementeriannya selepas kejayaan hasil penjualan nombor pendaftaran siri khas GOLD yang telah menjana pendapatan RM17 juta.

Kata beliau, penjanaan pendapatan Kementerian Pengangkutan itu akan memanfaatkan pemandu teksi, pemandu kereta sewa dan bas sekolah golongan B40.

“Ada yang ketawa, ada yang sindir, ada yang perli. Tetapi hasil daripada Nombor Pendaftaran Istimewa akan membantu ramai orang.

“Inisiatif pertama adalah perlindungan untuk 50,000 pemandu teksi dan bas sekolah. Selepas ini, hasil juga akan disalurkan bagi Lesen B2 dan PSV percuma untuk golongan B40,” kata beliau.

Menurut beliau, Kementerian Pengangkutan berjaya menjana dana melalui penjualan nombor pendaftaran istimewa GOLD yang akan diguna pakai menaja pelbagai inisiatif kebajikan Kementerian Pengangkutan termasuklah baki caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) untuk pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah.

“Walaupun saya diperli dalam media sosial kata ini menteri sibuk jual nombor saja, tak ada kerja lain, tiap-tiap hari cakap pasal jual nombor plate saja.

“Meskipun diperli tetapi saya amat berkeyakinan bahawa apa yang kita laksanakan ini adalah untuk kebaikan ramai pihak. Nombor siri khas GOLD yang kita telah menjana pendapatan sebanyak RM17 juta,” ujarnya.

Secara lazimnya semua hasil kerajaan dimasukkan kepada kumpulan wang disatukan kementerian masing-masing.

“Maksudnya tak boleh sentuh hasil tersebut tetapi kita berjaya meyakinkan Kementerian Kewangan kita kata ini adalah inisiatif tambahan untuk mendapat hasil

“Maka apa-apa hasil tambahan daripada inisiatif ini separuh daripada hasil itu dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif yang lain.

“Kita mulakan inisiatif pertama iaitu bantu pemandu-pemandu teksi, caruman Kementerian Pengangkutan ini akan memberikan manfaat kepada 35 ribu pemandu teksi dan kereta sewa serta 15 ribu pemandu bas sekolah di seluruh negara,” jelas Anthony lagi.

Tambah beliau, bayangkan kalau seseorang itu menghadapi musibah, bayangkan keluarga mereka.

“Itu yang kita hendak beri perlindungan.

“Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) menawarkan bayaran bulanan seumur hidup untuk keluarga pencarum yang meninggal dunia akibat bencana kerja.

“Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama Perkeso akan menaja caruman dan mendaftar secara automatik 50,000 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah agar keluarga mereka dilindungi,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat