14 askar Thailand cedera dibedil meriam, kapal terbakar

- Advertisement -

BANGKOK – Seramai 14 anggota Tentera Laut Diraja Thailand mengalami kecederaan apabila tembakan meriam dari kapal tentera laut, HTMS Chonburi mengenai bahagian belakang kapal HTMS Khirirat di Pangkalan Tentera Laut Sattahip di Chon Buri.

Jurucakap Tentera Laut Diraja Thailand, Laksamana Muda Wirudom Muangjeen berkata dalam kejadian pada tengah hari Khamis, tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat, sebuah frigat, yang berlabuh di Jeti Laem Thian.

Pasukan bomba bertindak memadamkan kebakaran di atas kapal berkenaan, lapor Bernama.

Semua mangsa dikejarkan ke hospital di Sattahip dan ramai kru yang terhidu asap.

HTMS Chonburi kembali ke pangkalan pada Rabu selepas mengalami pincang tugas semasa latihan menembak yang menyaksikan peluru tertinggal di dalam laras meriam.

Tembakan itu dilaporkan berlaku semasa pembaikan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat