Kerajaan Madani takut dengan kuasa ‘big tobacco’ memalukan – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu menempelak Kerajaan Madani yang didakwanya pengecut kerana takut dengan tekanan industri tembakau terhadap pelaksanan Rang Undang-undang (RUU) Generasi Penamat Rokok (GEG) dalam RUU Kawalan Produk Tembakau Demi Kesihatan Awam yang pernah diperjuangkannya sebelum ini.

Khairy malah menyifatkan tindakan kerajaan sebagai memalukan.

Beliau berkata demikian mengulas pendedahan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni yang memaklumkan GEG dalam RUU Kawalan Produk Tembakau Demi Kesihatan Awam ‘terbunuh’ akibat pengaruh industri tembakau dan vape.

“Ini adalah pendedahan yang mengejutkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan.

“Ia bukan saja mengesahkan bahawa Malaysia melanggar Framework Convention on Tobacco Control (satu perjanjian antarabangsa), ia juga mengesahkan hujah saya bahawa Kerajaan Madani takut dengan kuasa ‘Big Tobbaco’, shame on you,” bidas Khairy.

Terdahulu Lukanisman mendedahkan, pelobi dari industri sememangnya telah bertemu dengan Ahli Parlimen di Parlimen menjelang perbahasan Rang Undang-undang Kawalan Semakan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023.

Senada dengan pandangan Khairy ialah Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh.

Kata beliau, tugas pemimpin adalah membawa suara rakyat dan menjaga rakyat.

“Bila ada satu polisi yang baik untuk kesihatan rakyat dan generasi yang mendatang,tetapi akhirnya tidak dapat dilaksanakan akibat lebih menjaga taikun rokok dan vape daripada menjaga rakyat.

“Maka itulah apa yang akan kita dan anak-anak kita dapat, shame on us,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat