Jadi wakil rakyat jangan pentingkan ideologi sendiri – Ku Nan

KUALA LUMPUR – “Lihatlah sejak kebelakangan ini apabila ada individu yang menawarkan diri untuk menjadi wakil rakyat hanya kerana mementingkan ideologi sendiri, mahukan sama rata dan menuntut banyak kebebasan atas macam-macam alasan,” kata Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut beliau, inilah masalahnya apabila gagal menghayati konsep negara bangsa pembinaan Malaysia.

“Sekarang dalam negara panas isu pemastautin tetap (Permanent Resident/PR) dan juga lompat parti. Luar negara pula China telah luluskan resolusi yang dianggap kontroversi iaitu ‘pemerintahan patriot Hong Kong’ yang akan memperketat kawalan terhadap bandar itu.

“Saya secara amnya amat setuju dengan apa yang kerajaan China buat kerana resolusi menentukan kepada sesiapa yang hendak menawarkan diri untuk menjadi wakil rakyat di Hong Kong mestilah mempunyai sifat yang sayangkan negara dan Bangsa China. Inilah perkara yang mesti kita ambil dan kaitkan dengan apa yang berlaku kepada situasi dalam negara kita,” katanya dalam satu kenyataan media.

Ahli Parlimen Putrajaya itu berkata, sepatutnya, semua warga Malaysia maklum bahawa negara ini hanya akan berjaya jika kita memahami demografi rakyatnya yang berbilang kaum, berlainan agama dan memiliki cara kehidupan yang berbeza.

Ujarnya, kita masyarakat majmuk yang hidup atas kebersamaan kesatuan dalam kepelbagaian. Bukannya menuntut hak masing-masing yang hanya akan merosakkan kesejahteraan.

“Rakyat kita pun belum matang malah konsep demokrasi di negara kita adalah demokrasi yang terpimpin, bukan demokrasi mutlak. Tugas wakil rakyat juga bukan saja untuk berkhidmat atau memberikan bantuan tapi juga mesti menunjukkan kefahaman, bukan dari segi ideologi saja tapi juga tindakan.

“Sayangkan negara, melaksanakan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat yang telah memilihnya, membawa perubahan dan berani membela masyarakat setempat adalah keutamaan wakil rakyat.

“Janganlah jadikan rakyat sebagai percaturan batu loncatan untuk kepentingan peribadi sendiri. Kita lihat sahaja kepada parti-parti tertentu yang kebanyakan wakil rakyatnya bukan dari kawasan yang dia wakili, lepas satu pengal berubah atau berpindah ke kawasan lain meninggalkan janji pilihan raya tidak ditunai,” katanya.

Kata Ku Nan, berhijrah dari satu Parlimen ke Parlimen lain setiap kali pilihan raya misalnya dari Parlimen Kota Melaka ke Petaling Jaya, kemudian ke beralih ke Utara di Parlimen Tanjong, berpindah ke Ipoh Timur dan selepas itu ke Selatan di Gelang Patah dan Iskandar Puteri.

“ Ada juga yang dari Kota Raja ke Ampang dan kemudian ke Kuala Langat tapi melompat pula menyokong pihak lain selepas pengundi memilihnya atas parti yang didukung sebelum ini.

“ Apa jasa dan khidmat kepada rakyat setempat? Kelirukan masyarakat, lakukan manipulasi dan persepsi, tuduh itu ini dalam Parlimen dan kemudian catur semula mana kawasan yang boleh dimenangi. Sedangkan kepedulian mesti kepada rakyat di tempat tinggal mereka, menyelami dan memahami maka barulah tahu apa yang terbaik untuk rakyat. Bukan mencipta manipulasi atas nama iltizam globalisasi tapi rakyat terpaksa jadi galang ganti mangsa politik peribadi,” ujar beliau.

Tambah beliau, jika melihat kepada tindakan wakil rakyat yang tak matang dan gagal menghayati makna sebenar perjuangan, maka saya agak risau sekiranya hak mengundi umur 18 tahun dilaksanakan.

“ Apatah lagi sebelum ini pengundi juga pernah memilih wakil rakyat orang muda dan menjadi menteri termuda namun malangnya gagal pula menjadi ikon yang wajar dicontohi.

“Ketepikanlah emosi kerana amanah wakil rakyat bukan hanya menjaga rakyat tapi juga membina negara. Janganlah mudah terikut-ikut dengan acuan luar kerana Malaysia terbina atas Perlembagaan sendiri, bukan dari negara-negara Barat atau mana-mana pihak pun. Mahukan negara maju mestilah berteraskan rakyat yang matang dan rakyat sendiri juga mesti bijak menilai kerana kesannya bukan hanya bangsa dan negara malah agama juga jadi permainan.

“Barangkali kerana itulah, resolusi ‘pemerintahan patriot Hong Kong’ diluluskan di Parlimen dengan 2,895 melakukan pengundian dan tiada undian yang menentang kerana melalui resolusi calon yang dipilih mentadbir Hong Kong, mesti mencintai negara China dan menjunjung Perlembagaan pemerintah.

“Wakil rakyat silalah hadam,” ujar beliau. -SuaraTV

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Dua Pelajar MyPAC Antara 10 Calon Teratas Peperiksaan ACCA

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) berjaya menempatkan diri dalam kalangan 10 teratas pada peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)...

Dua Mukim Di Mersing Dikenakan PKP Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Mukim Endau dan Mukim Triang di Mersing, Johor bermula esok hingga 3 Mei. Menteri Kanan...

Asing sukan ikut bangsa tak patut, bangsa Johor pupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti – TMJ

KUALA LUMPUR - Tindakan meletak syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di Johor, kata Tunku Mahkota Johor,...